400 Pelayan Umat hadir rekoleksi di St John Biah

400 Pelayan Umat hadir rekoleksi di St John Biah

Aug 31, 2018

KENINGAU : Lebih 400 orang Pelayan Umat atau Warden telah mengikuti Rekoleksi Pelayan Umat peringkat Paroki KSFX. Rekoleksi bertema “Kenali Sesama Melalui Yesus” yang diadakan di Gereja St. John, Biah pada 28 Julai 2018.

Rekoleksi dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Father Bonaventure Unting.

“Peranan warden sangat penting terutama dalam membantu melancarkan perayaan liturgi. Para warden juga selalu menjadi individu pertama datang dan terakhir pulang untuk memastikan keadaan gereja ditinggalkan dengan baik dan memastikan tiada barang yang tertinggal dan keadaan Gereja yang bersih.

“Peranan warden amat penting kerana selain membantu umat, kalian adalah duta Gereja yang memperlihatkan keintiman dan kasih sayang Tuhan kepada para umat.”

Para warden jugamemberi pengaruh kepada umat untuk terus berbuah baik.” ujar Fr Bonaventure dalam homilinya.

Selepas Misa, sesi-sesi ceramah disampaikan oleh Kat. Patrick Marius bertajuk “Etika dan Hidup Kerohanian Pelayan Umat”, disusuli ceramah kedua daripada Kat.Severinus Jaitin iaitu, “Peranan dan Tanggungjawab”

Zon Toboh Baru diumumkan sebagai tuan rumah rekoleksi para Warden pada tahun 2019.

Total Comments:0

Name
Email
Comments