Ambil bahagian dalam karya pelayanan Tuhan

“Uskup dan paderi adalah pelayanpelayan Tuhan; tidak akan ada Ekaristi jika tidak ada paderi, kedua-duanya saling berkait rapat,” kata Uskup Sebastian semasa memimpin Misa Krisma untuk Keuskupan Pulau Pinang.

Apr 19, 2019

PULAU PINANG: “Uskup dan paderi adalah pelayanpelayan Tuhan; tidak akan ada Ekaristi jika tidak ada paderi, kedua-duanya saling berkait rapat,” kata Uskup Sebastian semasa memimpin Misa Krisma untuk Keuskupan Pulau Pinang.

Pada tahun ini, 40 paderi memperbaharu janji pentahbisan imamat mereka di Gereja Immaculate Conception (CIC) pada 9 April.

Uskup Sebastian memulakan homilinya dengan mengongsikan bahawa Yesus menubuhkan institut imamat dan membasuh kaki pada rasul dan pengikut-Nya pada malam Khamis Suci.

“Surat kepada jemaat di Ibrani dan penubuhan kepaderian; menyatakan tentang pengorbanan utama, pengorbanan yang dilakukan oleh Yesus Kristus, sebab inilah mengapa korban mezbah menjadi bahagian utama dalam Gereja kita,” kata Uskup Sebastian seraya menambah bahawa Kristus berkorban demi menebus dosa seluruh dunia.

Bapa Uskup turut mengingatkan umat tentang Tahun Misi Luar Biasa agar mengingati panggilan, identiti dan misi dasar mereka sebagai umat yang dibaptis. Prelatus itu juga menyentuh tentang persidangan para Uskup sedunia di Roma bersama Sri Paus Fransiskus berkaitan Perlindungan Kanak-kanak, bahawa kanak-kanak harus dilindungi dan dikasihi bukan menjadi korban klerikalisme.

Selain itu, Bapa Uskup turut menyatakan tentang seruan apostolik Sri Paus Fransiskus yang terbaru iaitu Christus Vivit (Kristus Yang Hidup yang menekankan bahawa kaum muda sekarang bukan setakat kaum muda untuk hari esok, merekalah tanda kehadiran Tuhan yang nyata pada masa kini.

Sejajar dengan musim PraPaskah di keuskupan itu yang bertema “Di mana sahaja dengan Yesus” Uskup Sebastian mengajak para paderi dan umat untuk meneguhkan kembali janji pembaptisan mereka bahawa, “kita dipanggil dan diutus untuk bersaksi.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments