Api kegelisahan yang tidak pernah padam dalam jiwa kita

Ada pepatah yang mengatakan bahawa buku yang paling perlu dibaca adalah buku yang memberikan anda banyak maklumat hanya apabila anda membacanya dengan sungguh-sungguh.

Feb 19, 2016

Ada pepatah yang mengatakan bahawa buku yang paling perlu dibaca adalah buku yang memberikan anda banyak maklumat hanya apabila anda membacanya dengan sungguh-sungguh. Saya mempunyai banyak pengalaman tentang hal ini. Terbaru, saya baru sahaja membaca buku yang memberi banyak pengetahuan iaitu tulisan Heather King bertajuk Shirt of Flame, A Year with Saint Therese of Lisieux.

Tajuk buku tersebut dipinjam dari T.S Eliot, “Four Quartets” iaitu buku yang terkenal di mana T.S Eliot menyatakan bahawa Tuhan itu adalah Kasih dan Dia adalah di sebalik rasa sengsara yang kerap kita rasanya dalam keinginan kita yang membara dan kesakitan yang kita rasakan itu digelar, Shirt of Flame (Api Kesengsaraan yang Tidak Pernah Padam dalam jiwa kita).

King menulis buku ini tentang pengalaman kesengsaraannya sendiri. Beliau seorang wartawan dan penulis bebas, hidup tunggal, bercerai dan serang kaki minum yang sedang beransur pulih dari ketagihannya, masih cuba keluar daripada kegelapan masa lampau, menghadapi obsesi tinggi kerana lelaki yang dicintainya tidak membalas cintanya, kewangan yang tidak stabil kerana kerjayanya dalam undang-undang ditinggalkan demi menjadi penulis bebas yang belum tentu ada masa hadapan, bergelut dan melawan perasaan umpama seorang orang luar kepada sebuah keluarga normal, perkahwinan dan komuniti, sentiasa berasa keseorangan dalam apa-apa sahaja peristiwa hidup.

Maka, beliau mengambil langkah berani, menghabiskan masa setahun untuk belajar dan menghayati kehidupan salah seorang santa terkenal sepanjang zaman, Therese dari Lisieux. Tujuannya ialah untuk melihat sama ada Therese boleh menjadi pembimbing moral dan rohani yang dapat mengatur semula kehidupannya. Hasil penemuan dan pengalamannya itu, dicurah dan dikarang melalui bukunya ini, sebuah buku yang sangat bijaksana dan amat dianjurkan untuk dibaca oleh kaum dewasa.

Melalui Theresa, King dapat belajar bagaimana mengendalikan jiwanya sendiri. Melalui Therese, King dapat mengetahui bahawa di dalam jiwa seorang santa, di dalam jiwa seorang yang menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan, keinginan berapi-api santa itu adalah seperti keinginan membara yang dirasai oleh King sendiri.

Dan melaluinya, King dapat mempelajari bahawa kedua-dua keinginan membara itu boleh menyucikan atau menghancurkan jiwa, menebus atau menyeksa, menjadikan seseorang menjadi santo hebat atau pendosa besar. Maka King membiarkan semangat Therese untuk menyinari kehidupannya.

Oleh kerana apa yang paling sejagat dan peribadi di dalam diri kita, sekiranya terbongkar, adalah juga amat universal dengan membuka pergelutan peribadi, perasaannya yang mendalam, bukunya memberi penerangan tentang pergelutan yang dialami oleh manusia di bumi ni. Meskipun buku ini memperincikan segalanya tentang peribadinya, tetapi ia bukan untuk menunjuk-nunjuk, inilah formula licik yang dikendalikan oleh King dengan penuh wibawa.

Sebagai contoh, King mengambil sebuah peristiwa terkenal yang terjadi dalam hidup Santa Therese apabila semasa kecil, orang kudus itu pernah ditanya oleh kakaknya yang pada ketika itu memegang sebuah bakul yang penuh dengan bola berwarna-warni. Therese diminta untuk memilih hanya satu daripada bola tersebut tetapi Therese mengatakan, “Saya pilih semuanya” dan mengambil bakul tersebut serta pergi dari situ serta merta.

King mengambil kisah Theresa semasa kecil untuk merenung akan pergelutan peribadinya. Pergelutan yang dinyatakan oleh Kierkegaard sebagai “keberanian untuk memilih satu sahaja”.

Berikut bagaimana King menceritakan pergelutan peribadi seperti yang ditulis dalam bukunya. “Saya mahu semuanya!” kata Therese dan semakin saya merenung, semakin saya melihat dilema manusia yang mahukan segalanya. Saya melihat walaupun manusia mahu hidup selibat tetapi dalam masa yang sama, ada keinginan untuk mahu memberikan diri kepada pasangan mereka.

Ada orang yang mahukan rahsiarahsia gelap, kebisingan, cahaya, mania dan kota yang maju tetapi dalam masa yang sama, mahukan keamanan, mahu bercucuk tanam, memelihara binatang dan hidup di sebuah ladang.

Adakalanya, kita mahu hidup di tempat yang sama sepanjang hidup tetapi dalam masa yang sama, mahu menjelajah ke seluruh tempat di dunia ini sebelum saya meninggal dunia.

Saya mahu duduk di suatu tempat dengan tenang dan saya juga selalu bergerak ke tempat lain. Saya mahu hidup dengan tidak dikenali oleh sesiapa dan saya juga mahu menjadi seorang yang terkenal. Saya mahu rapat dengan keluarga saya tetapi saya juga mahu meninggalkan mereka.

Saya mahu mengabdikan diri saya dengan pelbagai aktiviti dan saya juga mahu menghabiskan hidup saya dalam hidup kontemplasi. Saya mahu menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan dan saya tidak tahu bagaimana! Saya rindu untuk memberikan diri saya tanpa rasa berbelah bahagi tetapi saya tidak mampu!"

Dalam merenung kaul kemiskinan Therese, King menulis, “Kemiskinan tidak pernah, tidak sekali-kali kerelaan. Pada hakikatnya, anda sesungguhnya tidak mahu menjadi miskin dalam apa bentuk atau cara.”

Kata-kata tersebut dipinjam daripada seorang penyajak Jerman, Gertrud von le Fort yang menulisnya yang pada ketika itu, mengalami penderitaan batin. King menulis, “Dan anda bukanlah siapa-siapa. Tetapi pada akhirnya,seseorang telah menyampaikan cerita saya. Terutama pada sepuluh tahun terakhir ini, saya dalam keadaan yang sangat derita dan ‘mereka’ — suami saya, orang saya cintai, kerjaya saya dalam bidang undang-undang, kerjaya dalam perubatan ketika saya menghidap barah, industri pencetakan - telah memberikan banyak pengalaman kepada saya. Tetapi anda bukanlah siapa-siapa. Di mana sahaja saya berada, saya hanya melihat dinding yang kosong. Setiap yang saya harapkan, hilang umpama debu dibawa angin. Setiap yang saya usahakan, tidak berhasil… Pada suatu pagi, ketika mandi, saya meratap kepada Kristus, “Saya tidak mencintai Engkau dan Engkau juga tidak mencintai saya.” — Inilah keadaan di mana kita semua pernah mengalaminya. Sekiranya anda sedang bergelut dengan iman, bergelut dengan kekecewaan dalam hidup anda, mempunyai ketagihan, pelbagai perasaan yang mengganggu dan serba salah dalam hidup anda, mempunyai perasaan bahawa anda orang luar, sentiasa berasa kesepian atau dipulaukan dalam setiap peristiwa hidup ini, serta, paling utama, berasa bahawa anda tidak mencintai Yesus dan Dia juga tidak mengasihi anda, bahawa anda bukanlah siapa-siapa, maka, marilah membaca buku ini. Ia merupakan sebuah buku untuk insaninsan yang memikirkan mereka terlalu sakit untuk diberi bantuan oleh doktor. -- Oleh Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2016

Total Comments:0

Name
Email
Comments