Asas kukuh keharmonian bermula daripada dialog

Asas kukuh keharmonian bermula daripada dialog

Nov 30, 2018

KUALA LUMPUR: H.E Kamala Shirin Lakhdir, duta Amerika Syarikat ke Malaysia telah membuat kunjungan kehormat ke Gereja St Joseph pada 8 November lalu sempena program Harmony Walk yang berlangsung di beberapa rumah ibadat di Sentul. Program Harmony Walk itu merupakan program tahunan.

Kedatangan H.E Lakhdir diiringi YB Senator Waythamooty, Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial serta beberapa perwakilan dari pelbagai agama di Sentul dan kakitangan kedutaan.

Ketibaan rombongan kehormat itu disambut oleh Gabriel Moses, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Eleanor Tennakoon, Penyelaras Pelayanan Ekumenikal dan Hal-Ehwal Antara Agama Paroki serta beberapa ahli senior Paroki St Joseph.

H.E Lakhdir dijadualkan untuk berada di Gereja St Joseph selama 15 minit, namun disebabkan sambutan yang sungguh mesra dan harmoni, maka beliau berbual dan berbincang akan banyak perkara selama lebih setengah jam. Sebelum kedatangan H.E Lakhdir ke St Joseph, beliau terlebih dahulu berada di rumah ibadat Hindu dan Buddha dan dalam perjalanan ke rumah Ibadat Taois dan Masjid Al Hidayah di Sentul Pasar.

H.E Lakhdir diberi penjelasan bahawa Gereja St Joseph telah wujud selama lebih satu dekad untuk melayani keperluan rohani orang-orang yang bekerja di Jabatan Kereta api. Namun kini, para umat Paroki datang dari pelbagai komuniti.

Pada tahun ini juga, Paroki ini merayakan ulang tahunnya yang ke-110. Paroki St Jospeh itu juga aktif menganjurkan program-program bagi orang-orang miskin dan migran khususnya pendatang dari Myanmar. H.E Lakhdir turut bertanya mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh para migran di Malaysia. Gabriel turut menjelaskan mengenai kelas-kelas Katekismus untuk umat berbahasa Tamil, Inggeris dan Myanmar turut ditawarkan di Gereja itu.

Cabaran terkini yang dihadapi oleh Paroki itu ialah kurangnya penyertaan daripada belia tetapi program-program khusus untuk kaum muda tetap dianjurkan di Gereja itu. Para tetamu kehormat meninggalkan perkarangan Gereja lebih kurang jam 9.30 pagi dan amat gembira dengan dialog antara agama yang sangat memberangsangkan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments