Bagaimana kita dapat melihat dan menerima kehadiran Yesus?

Hanya dengan iman kita kepada Yesus, kita dapat menikmati kedamaian dan sukacita yang penuh walaupun kita hidup dalam dunia yang penuh kekacauan dan kebingungan

Apr 26, 2019

PESTA KERAHIMAN ILAHI
HARI MINGGU PASKAH
KEDUA (TAHUN C)
KISAH PARA RASUL 5:12-16;
WAHYU 1:19-13,17-19;
INJIL YOHANES 20:19-31

Hari minggu yang lalu, hari minggu paskah pertama, kita menyaksikan satu peristiwa yang mengejutkan kepada tiga orang sahabat Yesus iaitu mulamula Maria Magdalena yang awal pagi pergi ke kubur kemudian Petrus dan Yohanes.

Mereka menyaksikan kubur yang kosong namun semangat paskah tidak berakhir dengan kubur yang kosong. Ketiga-tiga mereka mengalami Yesus yang sudah bangkit. Ini bererti kubur yang kosong itu bukan sahaja menandakan iman yang kosong tetapi juga memberi erti iman dan harapan yang baru yang disemangati oleh kebangkitan Yesus.

Rasa kehilangan Yesus pada mulanya bukanlah sesuatu yang siasia atau buang masa tetapi rasa kehilangan itu telah menimbulkan transformasi iman. Pengalaman rasa kehilangan Yesus iaitu kekosongan iman membawa untuk mencari iman yang dibaharui berkat kebangkitan Yesus.

Hari minggu Paskah kedua ini memberitahu kita bahawa kebangkitan Yesus terus memenuhi kekosongan iman para rasul (komuniti rasul) walaupun mereka penuh keragu-raguan dan ketakutan. Mereka telah mengurungkan diri mereka didalam bilik yang menandakan bahawa mereka dikurung oleh keragu-raguan dan ketakutanKematian Yesus telah menanamkan rasa takut mereka.

Kita dapat merasakan situasi mereka pada ketika itu, mereka mengalami kekosongan hidup iaitu tidak merasa aman dan damai kerana dihantui dengan keragu-raguan dan ketakutan sebab mereka takut mereka menerima nasib yang sama. Namun dalam keadaan ketidaktentuan itu Yesus memperlihatkan Diri-Nya buat kali pertamanya dan memberi semangat kedamaian yang baru dengan berkata, “damai sejahtera bagi kamu!”

Kehadiran Yesus yang sudah bangkit telah membangkitkan sukacita. Sekali lagi Yesus berkata bagi kedua kali, “damai sejahtera bagi kamu!”

Kali ini Dia mengutus mereka dan keluar dari bilik ketakutan seperti Dia yang diutus oleh Bapa. Salah seorang daripada rasul yang tidak bersama komuniti rasul itu iaitu Tomas tidak percaya bahawa kawan-kawannya telah bertemu dengan Yesus. Dia tidak mahu mempercayai selagi dia melihat Yesus. Yesus memperlihatkan DiriNya buat kali kedua untuk meyakinkan Tomas dan akhirnya Tomas juga percaya dengan menyatakan kepercayaannya yang penuh keyakinan, “Ya Tuhan dan Tuhanku!”

Kemudian Yesus juga memberi keyakinan kepada kita semua bahawa walaupun kita tidak bertemu Yesus secara fizikal namun iman kita akan membawa kita bertemu Yesus yang sudah bangkit. Oleh itu keutuhan iman akan kebangkitan Yesus sangat memainkan peranan untuk menikmati kebahagiaan.

Hari Minggu Paskah kedua juga merupakan Pesta Kerahiman Ilahi . Paus Yohanes Paulus II telah mengumumkan bahawa Sister Faustina Kowalska (1905-1938) dari Poland menjadi Santa.

Dalam Misa Kudus Kanonisasi itu Santo Paus Yohanes Paulus II berkata: “Yesus menunjukkan tangan-Nya dan lambung-Nya kepada murid-murid-Nya. Dia menerangkan bahawa luka-luka yang diderita-Nya, khususnya luka pada hati (jantung)-Nya, adalah sumber belaskashan-Nya (kerahiman-Nya) yang mengalir kepada segenap manusia.

Santo Sri Paus Yohanes Paulus II meneruskan apa yang dikatakan oleh St. Agustinus, iaitu pesan yang ingin disampaikan kepada kita ialah Minggu Oktaf Paskah (Minggu Paskah II) ini mengingatkan kita akan kerahiman ilahi dan pemberian pengampunan-Nya, agar dapat di satukan di dalam kasih-Nya.

Kita semua, umat beriman Kristian sebagai Gereja, sama ada secara perorangan atau secara peribadi mahupun sebagai keseluruhan atau komuniti, apabila kita sungguh percaya kepada Yesus Kristus, harus bersedia memperkenalkan Yesus Kristus itu kepada semua orang dengan menunjukkan kerahiman atau belas kasihan Tuhan kepada semua orang. Tunjukkanlah Yesus yang sudah bangkit di dalam perbuatan dan perkataan kita seharihari.

Dalam masa Paskah ini kita diajak untuk memantapkan iman kita akan Yesus yang sudah bangkit dan kini hidup di tengah-tengah kita, dalam diri kita, keluarga dan komuniti kita.

Hanya dengan iman kita kepada Yesus, kita dapat menikmati kedamaian dan sukacita yang penuh walaupun kita hidup dalam dunia yang penuh kekacauan dan kebingungan

. Jika kita seorang yang memiliki sukacita dan damai dari Yesus maka Yesus pun mengutus kita untuk mengongsikan sukacita dan damai ini kepada orang lain terutama kepada saudara dan saudari kita yang sukar menemui sukacita dan damai Tuhan. — santapan rohani, keningaudiocese.net

Total Comments:0

Name
Email
Comments