Bagaimana kita dapat mencari Tuhan?

Sangat mudah untuk salah faham maksudnya. Kita sebenarnya selama-lamanya mencari Tuhan, walaupun kebanyakan kita tidak menyedarinya.

Feb 06, 2021

Bagaimana kita dapat mencari Tuhan?

Sangat mudah untuk salah faham maksudnya. Kita sebenarnya selama-lamanya mencari Tuhan, walaupun kebanyakan kita tidak menyedarinya.

Biasanya, kita menganggap pencarian kita kepada Tuhan sebagai pendalaman agama, sebagai sesuatu yang wajib untuk kita lakukan dari sisi rohani kita sendiri.

Kita cenderung memikirkan ‘mencari’ Tuhan adalah berkaitan dengan hal-hal seperti ini: Saya mempunyai kehidupan normal dan tujuan saya sendiri dan, jika saya berusaha, ada satu tahap, saya mungkin mempunyai keinginan untuk mengejar sesuatu dalam rohani atau agama di mana saya akan cuba berdoa, membuat renungan, dan amal kasih agar lebih mengenal Tuhan. Ini adalah salah faham yang tidak diingini. Dalam pencarian biasa kita, dalam mencari kepenuhan malah untuk kesenangan, sebenarnya adalah pencarian kita kepada Tuhan.

Apa yang kita cari secara semula jadi dalam hidup? Secara semula jadi, kita mencari makna, cinta, pasangan jiwa, persahabatan, hubungan emosi, pemenuhan seksual, kepentingan, pengiktirafan, pengetahuan, kreativiti, bermain, humor, dan kesenangan.

Namun, kita cenderung tidak melihat usaha-usaha ini sebagai  mencari Tuhan. Dalam melaksanakan perkara-perkara ini, kita jarang sekali,  melihatnya secara sedar sebagai cara kita mencari Tuhan. Dalam fikiran kita, kita hanya mencari kebahagiaan, makna, kepuasan, dan kesenangan, dan pencarian kita kepada Tuhan adalah sesuatu yang perlu kita lakukan dengan cara lain, iaitu melalui beberapa amalan agama yang eksplisit.

Kita bukanlah orang pertama yang berfikir seperti ini. Memang selalu akan berlaku seperti ini. Contohnya, St. Augustine bergelut dengan hal ini, sehingga suatu hari dia menyedari sesuatu. Seorang pencari yang mempunyai sikap tersendiri, Augustine menghabiskan tiga puluh empat tahun pertama dalam hidupnya mengejar perkara-perkara di dunia ini: belajar, makna, cinta, seks, dan kerjaya yang berprestij. Meskipun sebelum pertobatannya, ada keinginan dalam dirinya untuk Tuhan dan rohani.

Namun, seperti kita, dia melihatnya sebagai keinginan terpisah dari apa yang dia rindukan di dunia. Hanya setelah pertobatannya barulah dia menyedari sesuatu. Inilah cara Augustine menyatakannya dan ini merupakan pepatahnya yang terkenal:

"Betapa lambatnya aku mencintaimu, Ya Sang Keindahan yang pertama, yang selalu baharu,  betapa lambatnya aku mencintaiMu!  Engkau berada di dalam diri ku, tetapi aku berada di luar, dan di sanalah adku mencari Engkau. Dengan rasa senang, aku terjun ke dalam perkara-perkara indah yang Engkau ciptakan. Engkau bersama ku, tetapi aku tidak bersama Mu. … Engkau memanggil, Engkau berteriak, dan Engkau menembusi ketulian ku. Engkau berkelip, Engkau bersinar, dan Engkau menghilangkan kebutaan ku.”

Ini adalah pengakuan yang jujur bahawa dia hidup beberapa tahun dalam keadaan tidak mengasihi Tuhan, tetapi juga merupakan sebuah pengakuan bahawa, selama bertahun-tahun, dia amat salah dalam memahami sesuatu dan kesalahfahaman itu merupakan akar kegagalannya. Apakah salah faham itu?

Membaca pengakuannya kita cenderung untuk memusatkan perhatian pada bahagian pertama iaitu  beliau sedar bahawa Tuhan ada di dalam dirinya selama ini, tetapi dia tidak berada di dalam diri-Nya.  Ini juga merupakan perjuangan berterusan bagi kita. Kita juga kurang mengakui dan melalui pengakuan ini, ia adalah sesuatu yang juga merupakan perjuangan abadi bagi kita, ini adalah pengakuannya bahawa selama bertahun-tahun ketika dia sedang mencari kehidupan di dunia, pencarian yang secara umum dan tidak difahaminya sebagai tidak ada hubungannya dengan Tuhan, - sebenarnya pencarian terhadap Tuhan. Apa yang dia cari dalam semua hal dan kesenangan duniawi itu sebenarnya adalah keperibadian Tuhan. Memang, pengakuannya mungkin boleh ditulis semula seperti ini:

Betapa lewatnya, lewat, aku telah mencintai-Mu kerana aku berada di luar diri saya selama ini semasa Engkau berada di dalam saya, tetapi saya tidak berada di rumah Mu, dan saya tidak tahu bahawa Engkaulah sebenarnya yang aku cari di dunia. Aku tidak pernah mengaitkan pencarian ini dengan kerinduan terhadap-Mu. 

Aku tidak tahu bahawa semua perkara yang aku kejar, semua perkara itu sebenarnya kesepian ku, Engkau sudah ada di dalam diri ku, di dalam diri Mu. Betapa lewat, lewatnya aku mengerti. Betapa lewat, lewatnya, aku mempelajari bahawa aku san gat lapar dan keseorangan sedangkan Engkau sudah ada di dalam diri ku. Bertahun-tahun lamanya, aku tidak pernah menghubungkan keresahan ku, keegoan ku dan kerakusan ku dalam mengejar perkara di dunia, bersama dengan Mu. Dalam semua perkara, aku sepi kerana Engkau berada di dalam diri ku. Lewat, lewatnya aku menyedari semua ini. 

Kita disemangati dengan semangat kegilaan yang datang dari para dewa. Demikian kata Stoics Yunani. Kata mereka memang betul. Seluruh hidup kita hanyalah pencarian untuk menanggapi kegilaan ilahi di dalam diri kita, kegilaan yang dikenali oleh orang Kristian dengan kerinduan jiwa yang tidak terhingga.

Mengingat kerinduan itu, seperti Augustine, kita terjun ke dunia mencari makna, cinta, pasangan jiwa, persahabatan, hubungan emosional, pemenuhan seksual, kepentingan, pengiktirafan, pengetahuan, kreativiti, dan kesenangan, dan pengejaran duniawi itu, mungkin lebih daripada  eksplisit agama kita, yang sebenarnya kita mencari Tuhan. Paling baik untuk menyedari ini lebih awal, jadi kita tidak perlu menulis:

“Betapa lewat, betapa perlahannya aku menyedari betapa aku mencintai Mu!”  — Fr Ron Rolheiser @ Hak Cipta Terpelihara 1999-2021

Total Comments:0

Name
Email
Comments