Bapa Suci lantik Uskup Agung Scicluna kendali krisis penderaan

Bapa Suci lantik Uskup Agung Scicluna kendali krisis penderaan

Nov 23, 2018

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus telah melantik Uskup Agung Charles Sicluna sebagai setiausaha tambahan kepada Kongregasi Doktrin Iman. Uskup Agung dari Malta itu memikul tanggungjawab dalam memantau gereja- gereja yang dianiaya dan perlindungan kepada golongan minoriti yang ditindas.

Berita ini diumumkan pada 13 Nov dalam satu kenyataan. Menurut pengumuman itu, Uskup Agung Sicluna tetap akan menyandang peranannya sebagai Uskup Agung Malta. Setiausaha tambahan merupakan dua tugas gabungan dalam kongregasi Doktrin Iman di mana peranan itu akan dikongsi bersama uskup agung Itali, Giacomo Morandi.

Pelantikan Scicluna oleh Sri Paus Fransiskus meletakkannya dalam peranan penting di Vatikan bagi mengendalikan semua perkara berkaitan salah laku seksual, yang memerlukan ketelitian dan ketegasan s e rtamemu-tuskan cadangancadangan bijak dalam meng-hadapiskandal tersebut.

Pengumuman mengejutkan ini timbul menjelang Vatikan bersiap sedia sempena kemuncak perhimpunan para presiden konferensi para uskup dari seluruh benua pada bulan Februari. Para ketua majlis para Uskup ini dipanggil oleh Paus Fransiskus ke Roma untuk meneliti perlindungan golongan minoriti di Gereja dan beberapa isu kritikal.

Uskup Agung Scicluna sudah lama dikenali dan disegani kerana perjuangannya untuk membanteras gejala salah laku seksual klerus terhadap minoriti dan lemah dan kes-kes penderaan yang disembunyikan oleh uskup dan ketua-ketua religius. — VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments