Bapa Suci seru integrasi bagi pasangan bercerai ke dalam kehidupan Gereja

Mereka yang berharap bahawa Paus Fransiskus akan memberikan pasangan Katolik yang bercerai lalu berkahwin semula, peluang untuk kembali menerima Komuni pasti akan kecewa dengan keputusan Sri Paus.

Mar 04, 2016

KOTA VATIKAN: Mereka yang berharap bahawa Paus Fransiskus akan memberikan pasangan Katolik yang bercerai lalu berkahwin semula, peluang untuk kembali menerima Komuni pasti akan kecewa dengan keputusan Sri Paus.

Dalam membincangkan pemberian Komuni bagi pasangan berkahwin semula tanpa membatalkan perkahwinan sakramental mereka, Paus Fransiskus mengatakan ia adalah satu kemungkinan tetapi hanya selepas mereka melalui proses integrasi semula ke dalam hidup Gereja. Mengenai menerima Ekaristi, Bapa Suci mengatakan, “Ia akan dibincangkan terlebih dahulu.”

Jelasnya, “Integrasi ke dalam Gereja tidak bermakna menerima Komuni dengan segara. Saya tahu pasanganpasangan Katolik yang berkahwin semula yang pergi ke Gereja sekali dua sahaja setahun dan berkata, 'Saya mahu menerima Komuni' seperti mendapat sebuah hadiah.”

“Tanpa perisytiharan bahawa perkahwinan sakramental mereka telah dibatalkan, situasi seperti ini adalah bertentangan dengan Sakramen Kristian iaitu ikatan yang tidak boleh dileraikan.

Bercakap kepada para wartawan pada pertengahan bulan Februari lalu, Paus Fransiskus mengatakan bahawa ajakan untuk kembali ke Gereja adalah untuk membantu mereka bertanggungjawab di atas kegagalan perkahwinan dan memberi dorongan untuk bertobat.

Paus Fransiskus juga memberitahu akan kesaksian Humberto dan Claudia Gomez, pasangan suami isteri Mexico yang bertemu dengan Sri Paus pada 15 Feb lalu. Claudia telah bercerai sebelum berkahwin 16 tahun lalu, manakala Humberto pula mengatakan bahawa perhubungan mereka sentiasa berasaskan kasih. Tiga bulan lalu, menurut Humberto, “Tuhan memanggil kami untuk menyertai kumpulan bercerai lalu berkahwin semula dalam Katolik di Paroki mereka.”

“Kami tidak dapat menerima Komuni," ujar Humberto, "tetapi kami masih boleh berkomunikasi dengan mereka yang memerlukan, sakit dan terpinggir. Kami melayani melalui program-program jangkauan Paroki."

“Kami tidak dapat menerima Komuni tetapi kami mendapat kesatuan (communion) apabila melawat mereka yang kekurangan, apabila kami melawat mereka yang sakit dan sebagainya,” ujar Humberto.

Paus Fransiskus menerangkan bahawa pasangan tersebut meskipun tidak dapat menerima Komuni, tetapi integrasi dengan Gereja dan umat Katolik tetap ada. -- CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments