Basilika Sto Benedict musnah akibat gempa bumi

Satu gempa bumi besar melanda bandar tengah Itali pada pagi 26 Oktober, yang meranapkan Basilika Sto Benedict dan beberapa bangunan lain di bandar.

Nov 08, 2016

AMATRICE, Itali: Satu gempa bumi besar melanda bandar tengah Itali pada pagi 26 Oktober, yang meranapkan Basilika Sto Benedict dan beberapa bangunan lain di bandar.

Gempa bumi yang berlaku di sekitar 07:40 waktu tempatan, mempunyai magnitud 6.6 pada skala Richter, menjadikan ia lebih besar daripada gempa bumi 6.2 pada skala Richter yang melanda bandar-bandar berhampiran Norcia dan Amatrice pada 24 Ogos lalu. Basilika St Benedict, yang dibina antara 1290 dan 1338 itu terletak di tempat kelahiran St. Benedict dan adik kembarnya, St. Scholastica. Sebuah menara loceng yang dibina pada abad ke-14 telah rosak dalam gempa bumi pada tahun 1703 dan digantikan dengan menara yang lebih kecil. Gereja ini telah menjalani pengubahsuaian yang lengkap pada abad ke-18, dan mengandungi banyak lukisan berharga.

Dilahirkan di Norcia pada tahun 480, St. Benedict menjadi pengasas kongregasi Benedictine dan dikenali sebagai “Bapa Barat Monasticisme.” Beliau juga merupakan salah seorang kudus yang yang melindungi Eropah.

Para biarawan Benedictine di Norcia, penjaga Basilika tersebut, mengatakan di Twitter bahawa semua biarawan selamat dan mencari mereka yang mungkin memerlukan upacara terakhir, meskipun Basilika telah ranap.

Basilika St Benedict, gereja bersejarah yang dibina di atas tempat kelahiran St Benedict, telah roboh oleh gempa bumi kali kedua barubaru ini. Gempa bumi ini telah meningkatkan lagi semangat kami, para biarawan untuk segera membantu dan mencari orang-orang yang memerlukan Sakramen pada hari yang sukar untuk Itali.”

Sebagai penjaga Basilika, para biarawan juga telah menubuhkan dana untuk membantu pembiayaan membina semula gereja di: http://en.nursia.org/donations/

Beberapa kecederaan dilaporkan tetapi tiada kematian setakat ini, kerana ramai penduduk tempatan, termasuk para biarawan, telah dipindahkan dari bandar itu selepas gempa bumi bulan Ogos lalu.

Paus Fransiskus juga berdoa untuk semua mereka yang terjejas oleh gempa bumi selepas memimpin doa Angelus pada Ahad lalu. Prelatus itu memohon bantuan Perawan Maria untuk memperhatikan para mangsa.--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments