Belas kasih Tuhan itu ada, tetapi ada juga kemurkaan-Nya

Belas kasih Tuhan itu ada, tetapi ada juga kemurkaan-Nya

Mar 08, 2019

VATIKAN: Berhentilah sejenak untuk mengakui kegagalan kita, sedarilah bahawa akhir hidup kita tetap akan berlaku pada bila-bila masa dan janganlah kita terus hidup seperti yang kita inginkan dengan mengambil kesempatan bahawa belas kasihan Tuhan tidak terbatas. Itulah saran.

Sri Paus Fransiskus dalam homili Misa paginya, 28 Februari, di Casa Santa Marta di Vatikan.

Ketika merenungkan tentang “nasihat” itu dalam bacaan pertama dari Kitab Sirakh, 5:1-8, Fransiskus menekankan hadirin agar terjadi perubahan hati dan pertobatan kepada Tuhan.

Bapa Suci menunjukkan bahawa kebi- jaksanaan adalah hal sehari-hari yang berasal dari refleksi tentang kehidupan dan dari berhenti memikirkan cara seseo- rang hidup.

“Jangan ikuti naluri kalian, kekuatan kalian, yang memanjakan nafsu hati kalian,” kata Paus seraya mengingatkan bahawa semua orang mempunyai hawa nafsu, tetapi mereka harus berhati-hati dan menguasainya.

Hawa nafsu, kata Sri Paus, bukanlah hal-hal buruk, tetapi perlu dikendalikan dengan bijak. “Hawa nafsu itu seperti darah yang membantu melakukan banyak hal baik, tapi jika kalian tidak mengua- sainya, ia akan menguasai kalian,” Sri Paus memperingatkan.

Bapa Suci menegaskan bahawa “Kita tidak kekal, kita tidak boleh merasa bahawa kita boleh melakukan apa pun yang kita suka, kerana  yakin pada belas kasihan Tuhan yang tidak terbatas.”

Maka, lanjut Paus, jangan gegabah dan yakin bahawa kalian akan lolos begitu saja.

“Kalian mungkin lolos begitu sahaja tetapi kalian tidak tahu apa selanjutnya.” Jangan katakan, bahawa, “Belas kasih Tuhan itu luar biasa, Dia akan mengam- puni banyak dosa saya maka saya boleh terus melakukan apa yang sahaja.Dalam hal ini, elok kita ingat pesan orang-orang tua, “Jangan tunggu untuk bertobat kepa- da Tuhan, jangan menundanya berhari- hari kerana kemarahan Tuhan tiba-tiba akan meledak,” tegas Sri Paus. 

Sangti Papa kemudiannya mendorong agar setiap hari umat meluangkan waktu sedikit untuk memeriksa hati nurani, untuk bertobat kepada Tuhan, tanpa menundanya sehingga hari esok. “Cuba tidak membiarkan itu terjadi lagi dan jika kalian berhasil mengendalikan diri dan tidak ditundukkan oleh hasrat kalian, kebiasaan-kebiasaan buruk mungkin akan berkurang,” kata Paus.

Namun, tegas Sri Paus, tidak ada orang yang tahu bagaimana dan bila hidup kita akan berakhir.

“Lima minit pada penghujung hari seti- ap hari, akan membantu kita berfikir ten- tang perubahan hati dan pertobatan kepa- da Tuhan, tanpa penundaan.”  — media Vatikan 

Total Comments:0

Name
Email
Comments