Belas kasihan Katekis diperteguh untuk membuat pilihan

Bersempena Tahun Jubli Belas Kasihan, Komisi Kateketikal Keuskupan Sandakan menganjurkan “Jubli bagi para Katekis pada 24 September lalu di Pusat Pastoral Keuskupan.

Nov 11, 2016

SANDAKAN: Bersempena Tahun Jubli Belas Kasihan, Komisi Kateketikal Keuskupan Sandakan menganjurkan “Jubli bagi para Katekis pada 24 September lalu di Pusat Pastoral Keuskupan.

Sempena hari istimewa itu, Komisi Kateketikal telah mengadakan rekoleksi yang bertema “Memperlihatkan Belas Kasihan dan Membuat Pilihan.” Lebih 200 orang Katekis dari empat Paroki di bawah naungan Keuskupan Sandakan menyertai rekoleksi ini.

Fr David yang sedang bercuti belajar mengendali sesi ceramah dalam rekoleksi ini. Beliau menerangkan tema yang diambil sempena rekoleksi tersebut adalah diambil dari lambang kepausan Bapa Suci Fransiskus “Miserando Atque Eligendo” atau “dengan berbelas kasih dan dengan memilih Dia.”

Paderi yang sedang melanjutkan pengajiannya di Roma itu turut menjelaskan kisah “Panggilan Sto Matius” yang dipanggil oleh Yesus melalui cara yang sangat luar biasa dan unik.

Selain sesi ceramah, para katekis dari setiap paroki diberikan peluang untuk memberikan perkongsian tentang pengalaman mereka melayani di Sekolah Minggu atau sesi IKD.

Rekoleksi ini diakhiri dengan perarakan dari Pusat Pastoral Keuskupan untuk melewati Pintu Suci di Katedral St Mary, disusuli dengan Misa Kudus.

Selepas Misa, para peserta berhimpun kembali ke Pusat Pastoral untuk makan tengah hari sebelum bersurai.

Total Comments:0

Name
Email
Comments