Belia 2024 teruja sentuh Salib Jubli 2020

Bermula bulan Januari dan Februari, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria mengelilingi beberapa stasi luar paroki Holy Rosary Limbahau.

Mar 01, 2024

Belia St Sabina, berlutut di hadapan Salib Belia dan ikon Bonda Maria.


LIMBAHAU, Papar:
Bermula bulan Januari dan Februari, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria mengelilingi beberapa stasi luar paroki Holy Rosary Limbahau.

Salib Belia dan Ikon Bonda Maria di hantar ke stasi luar pertama iaitu Zon Lingan pada Januari 14, kemudian ke St Teresa of Avila Kogopon, St Monica Moindang (Februari 4), St Therese of the Child Jesus, Sabandil (Februari 12), St Sabina Kg Titimboungon (Februari 15), St Patrick Kinuta (Februari 18) dan dihantar ke Katedral Sacred Heart pada Februari 24.

Dalam salah satu Misa Kudus yang diadakan semasa Salib Belia berada di stasi luar, Fr Lasius Gantis dalam homilinya mengongsikan pengalaman peribadinya semasa Salib Belia dibawa pertama kali ke kampung halamannya.

Fr Lasius mengatakan Salib Belia yang dilihat oleh para belia sekarang merupakan Salib Jubli tahun 2000.

Paderi itu berharap sepanjang Salib Belia dan ikon Bonda Maria berada di stasi luar, para belia dapat memantapkan iman dan mapan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Semasa Salib Belia dan ikon Bonda Maria berada di stasi luar, para belia mengikuti pelbagai sesi misalnya doa taize, katekesis, pujian dan penyembahan serta menonton filem rohani.

Menariknya, kehadiran Salib Belia dan ikon Bonda Maria turut dialu-alukan oleh para ibu bapa dan umat malah turut bermalam di chapel bagi menemani Salib Belia serta ikon Bonda Maria.

Penghantaran Salib Belia ke stasi luar ini adalah sebahagian daripada persediaan Sabah Youth Day keenam yang bakal berlangsung di Katedral St Francis Xavier Keningau pada September 16-20 dengan tema “Maria bangkit dan bergegas pergi” (Lukas 1:39).

Para penganjur utama SYD-6 mengatakan SYD-6 adalah releven dengan seruan Gereja Sinodal dan sebagai persiapan menuju Konvensi Pastoral Malaysia 2026.

Total Comments:0

Name
Email
Comments