Belia Asia bersedia sambut Joyfest 2018

Belia Asia bersedia sambut Joyfest 2018

Jun 08, 2018

JAKARTA: Sekitar 12,000 orang muda Katolik, 10,000 dari Indonesia dan 2,000 dari Asia Tenggara, dijangka akan menghadiri Festival Belia Katolik Jakarta 2018 (Jakarta Catholic Youth Festival 2018/ (JOYFest2018).

Komiti penganjur JOYFest2018 mengumumkan perkara ini dalam sidang media baru-baru ini.

Diadakan pada 11 September di Serpong (dalam daerah Banten), 25 KM dari Jakarta, inisiatif festival ini dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan belia Katolik PeMikat (Pertemuan Mitra Kategorial) yang menghimpunkan pelbagai persatuan karismatik dan bukan karsmatik serta bukan berpusat di paroki.

Menurut Father Al. Andang L. Binawan, SJ selaku Pembimbing Rohani Fest 2018, acara yang akan diadakan di ICE BSD Tangerang ini terdapat tiga bahagian besar kegiatan, iaitu Ekaristi, seminar, dan festival.

“Nanti ada 22 sesi seminar dengan menghadirkan banyak penceramah. Peserta boleh memilih salah satu topik sesuai dengan keinginannya. Empat di antaranya berbahasa Inggeris yang ditujukan bagi para OMK dari Asia,” ungkap Fr Andang.

Antara topik seminar yang diadakan antara lain mengenai perniagaan, kewangan, hubungan, hingga masalah Internet di kalangan kaum muda Katolik. Acara akan dimulakan dengan Misa Ekaristi pada pukul 09.00 pagi.

Fr Andang menambah, acara tersebut memiliki lingkup yang luas, terbuka untuk umum, tetapi merupakan undangan peribadi.“Acara ini terbuka untuk umum, silakan ajak siapa pun dari kepercayaan apa pun yang penting cinta damai.Namun, ini sekaligus merupakan undangan peribadi.

Maksudnya, bukan seperti Asian Youth Day yang dikoordinasi oleh keuskupan atau paroki masing-masing. Jika memang keuskupan dan paroki bersedia membantu, itu akan lebih baik. Sekali lagi, ini merupakan undangan peribadi,” katanya. Paderi itu berharap, Gereja menjadi berkat dunia, tidak terlihat kaku. Orang muda pun dapat menjadi berkat bagi ramai orang!

Total Comments:0

Name
Email
Comments