Belia dibimbing jadi fasilitator yang mengesankan

Komisi Belia Keuskupan Agung Kuching telah menganjurkan Bengkel Fasilitator sebagai persiapan Hari Belia Keuskupan Agung Kuching kali ke-18 (KAYD18).

Sep 07, 2018

KUCHING: Komisi Belia Keuskupan Agung Kuching telah menganjurkan Bengkel Fasilitator sebagai persiapan Hari Belia Keuskupan Agung Kuching kali ke-18 (KAYD18).

Matlamat bengkel ini ialah untuk menghimpunkan para belia dari pelbagai paroki untuk belajar kemahiran menyelaras serta mengendalikan sesebuah acara atau seminar.

Bengkel ini juga bertujuan untuk mempersiapkan para belia sempena KAYD18 yang akan diadakan pada tahun hadapan. Seramai 24 orang belia dari jauh dan dekat menghadiri bengkel pada 18 Ogos di bangunan ACCPC.

Penceramah dalam bengkel ini ialah Fr Ramon Borja SDB yang melayani di Paroki St Stephen, Bau. Terlebih dahulu, ia dimulakan dengan sesi ice breaking oleh Sdra Alex dari kumpulan belia KYCS. Fr Ramon dalam sesinya memberikan penjelasan tentang peranan seorang fasilitator. Beliau juga memberi beberapa panduan dan petua dalam kemahiran menyelaras.

Peserta juga dibahagikan dalam kumpulan untuk membincangkan ketakutan yang dialami oleh belia dan apa yang mereka boleh pelajari daripada Bonda Maria.

Pada akhir bengkel, Esther Chai dari Persatuan Pelajar Kristian Kuching (KYCS) mengatakan bengkel untuk fasilitator itu memberi inspirasi bagaimana menjadi fasilitator yang baik bukan sahaja dalam acara-acara belia tetapi juga dalam mesyuarat atau pertemuan korporat.

Katanya, beliau juga belajar bagaimana mengendalikan pelbagai sikap orang yang ditemui serta bagaimana membantu sesebuah kumpulan perbincangan mencapai keputusan yang memuaskan

Total Comments:0

Name
Email
Comments