Belia kreatif memanfaatkan bahan terbuang melalui ekobrik

Belia kreatif memanfaatkan bahan terbuang melalui ekobrik

Mar 08, 2019

TAWAU: Belia harus menjadi golon- gan yang menjaga alam sekitar dengan serius kerana masa hadapan mereka akan berisiko besar jika tidak ada tin- dakan diambil untuk memulihkan alam dari sekarang.

Akibat alam sekitar yang tercemar boleh membawa kemusnahan manusia pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

Msgr Nicholas Ong, Paderi Paroki Gereja Holy Trinity, telah mlancarkan ECOBRICKS TC yang dianjurkan oleh Creation Justice Committee (CJC) pada 26 Januari. Acara itu telah disertai 64 peserta termasuk para murid dan guru dari SM Holy Trinity, SM Konven St Ursula dan SK Holy Trinity.

Msgr Nicholas berharap agar seko- lah-sekolah akan lebih pro aktif dalam mendidik murid-murid menjaga alam. Prelatus itu mengatakan isu-isu seperti beras plastik, mi plastik dan makanan yang mengandungi perisa berbahaya amatlah membimbangkan.

Pengerusi penganjur, Magdalind Gabriel mengatakan kelestarian bumi perlu dikekalkan dan dilindungi. Kempen Ekobrik itu bermatlamat "

1. Menawarkan penyelesaian kepada kebiasaan membuang bahan plastik sembarangan.

2. Menghentikan perbuatan mencemar sungai kerana ia merupakan sumber utama bekalan air.

3. Memerangkap plastik dari dilepaskan ke biosfera. Plastik yang dibuang akan berkecai dan cebisannya akan mencemarkan kawasan ia dibuang. Plastik terbuang yang rendah kualitinya akan mengeluarkan gas tok- sik yang berbahaya kepada alam dan makhluk hidup.

Hadirin juga diajar bagaimana membuat ekobrik iaitu memerlukan 500ml atau 15000  botol plastik dengan bahan plastik yang kering seperti sty- rofom, pembungkus makanan— untuk dimasukkan ke dalam botol plastik. Gunakan kayu kecil dan pan- jang untuk memadatkan cebisan- cebisan plastik di dalam botol plastik. Campuran plastik yang lembut dan keras akan memberi ketahanan kepada sebotol ekobrik. Ekobrik yang berkual- iti ialah mempunyai keberatan min- imun 200 gram bagi botol 500/600 ml dan 500 gram bagi botol 1500ml.

Menariknya kempen itu dijalankan berterusan dan umat awam yang mahu dan berjaya membuat ekobrik berkualiti akan diberikan hadiah sekampit beras lima kg (mengikut terma dan syarat).

Total Comments:0

Name
Email
Comments