Berdoa online, norma baharu yang perlu dibiasakan pada musim pandemik

Gereja Katolik St Simon meneruskan doa Rosari atas talian sepanjang November melalui aplikasi Zoom untuk mendoakan Negeri Sabah dan Malaysia pada masa pandemik ini.

Nov 14, 2020

KOTA KINABALU: Gereja Katolik St Simon meneruskan doa Rosari atas talian sepanjang November melalui aplikasi Zoom untuk mendoakan Negeri Sabah dan Malaysia pada masa pandemik ini.

Dikendalikan oleh moderator Zoom, Godfrey Moey, sesi berdoa Rosari ini melihat peningkatan peserta dengan 130  peranti pada 2 November.

"Paroki memutuskan untuk meneruskan doa Rosari harian di alam maya pada bulan Oktober ke bulan November melalui Zoom," jelas Godfrey seraya mengatakan bahawa Rosari atas talian itu bermula pada jam 8.00 setiap malam.    

Namun, Paderi Paroki St Simon, Fr Cosmas Lee memberi peringatan kepada  para umat bahawa sesi atas talian ini ini tidak boleh menggantikan interaksi fizikal. Jelasnya lagi, meskipun 103 peranti direkodkan pada 1 November namun jumlah keseluruhan penyertaan dari umat yang diharapkan ialah lebih 160 orang.

"Ada beberapa peranti yang diikuti lebih seorang dalam menyertai doa Rosari ini. Ada keluarga yang mempunyai empat hingga enam ahli, berkumpul bersama dan menggunakan satu peranti sahaja demi keselamatan atau mengikut ruang.

Pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diisytiharkan di Sabah pada bulan Oktober lalu, purata peranti yang menyertai doa ini hanyalah 80 peranti sahaja.

Godfrey juga memerhatikan bahawa dalam masa sebulan itu, ramai umat termasuk warga emas, mula berasa selesa menggunakan aplikasi Zoom untuk berdoa bersama dalam komuniti besar.

"Inilah norma baharu yang perlu dibiasakan dalam kehidupan doa kita. Sebagai pengendali sesi Zoom doa Rosari ini, ia memberikan pengalaman menggembirakan bagi saya. Ramai umat yang tidak saya kenali sebelum ini, kini nama mereka dapat dilihat melalui Zoom.

Melihat mereka tersenyum dan senda gurau mereka juga membuatkan saya tenang serta gembira dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik di Malaysia. — sumber Catholic Sabah

Total Comments:0

Name
Email
Comments