Bulan Misionari: Tuhan mahu semua orang diselamatkan !

Dalam kalendar acara Vatikan pada bulan Oktober, "Bulan Misionari Luar Biasa" mungkin akan menenggelamkan Sinode para Uskup untuk Amazon dan acara-acara lain- nya.

Oct 05, 2019

VATIKAN: Dalam kalendar acara Vatikan pada bulan Oktober,  "Bulan Misionari Luar Biasa" mungkin akan menenggelamkan Sinode para Uskup untuk Amazon dan acara-acara lain- nya.

Sebelum bulan misionari dan pada sepanjang bulan misionari, Sri Paus Fransiskus  sering berbicara secara terperinci tentang kewajiban Kristian untuk mewartakan Injil melalui kesaksian peribadi dan mengalu- alukan orang lain.

Pada Hari Minggu Misi 2018, Sri Paus Fransiskus mengumumkan has- ratnya untuk mendedikasikan seluruh bulan Oktober 2019 - bukan sekadar Hari Minggu Misi Sedunia — untuk “Gereja menjalankan aktiviti pengin- jilan ‘ad gentes’ atau kepada bangsa- bangsa dan menjelaskan aktiviti misionari yang berkaitan dengan usaha atau karya terhadap mereka yang masih belum mendengar Injil.

Pada 1 Oktober, sempena Pesta Sta Therese dari Liseiux, pelindung bersama misi dan salah satu santa kegemaran Sri Paus, Bapa Suci telah melancarkan bulan Misi dengan doa vigil di Basilika Sto Petrus.

Menurut Sri Paus, kerendahan hati, menghormati orang lain dan berkongsi cinta dan belas kasihan Tuhan tidak bermakna Gereja itu harus pasif. Pelatus itu mahu sepan- jang bulan Misi ditumpukan kepada “karya segar penginjilan dalam mewartakan dan memberitahu kepada dunia tentang penyelamatan Yesus Kristus.”

Tumpuan utama misi ialah “Tuhan menghendaki semua orang disela- matkan dengan mengalami kebenaran dan belas kasihan-Nya melalui pelayanan Gereja, sakramen  kesela- matan sejagat,” tulis Sri Paus Fransiskus dalam pesannya untuk bulan itu.

Umat Katolik tidak boleh berfikir bahawa aktiviti misionari adalah aktiviti gereja masa lampau. Seperti pada zaman Yesus, pada hari ini, karya misionari sangat penting, seku- rang-kurangnya kita menyokong para misionari kita.

Gereja memerlukan lelaki dan wanita yang dengan rahmat pembap- tisan mereka, menyahut panggilan Tuhan, meninggalkan rumah dan dihantar ke negara-negara, ke dunia yang belum diubah oleh sakramen Yesus Kristus dan gereja-Nya yang suci.”

Sudah tentu, sentiasa ada orang di setiap kejiranan atau negara yang perlu mendengar kasih dan belas kasi- han Tuhan dan dibantu untuk mengikuti Yesus. Tetapi gereja mem- promosikan  “penginjilan baru”  iaitu satu usaha baru, pada dasarnya untuk menjangkau orang yang sudah mendengar mesej Kristian — dan pewartaan awal untuk  “ad gentes.”

Pengarah nasional Persatuan Misi Kepausan di Amerika Syarikat, Father Andrew Small,  mengatakan terdapat “perbezaan besar” antara memperkenalkan orang kepada Yesus untuk kali pertama dan cuba men- jangkau orang-orang yang mungkin akan berkata, “Sudah melakukan demikian, tidak beli bajunya.”

Tetapi gereja “tidak menjual T- shirt,” katanya. “Ia menawarkan hubungan seumur hidup dengan seo- rang pria yang dipanggil Yesus dan ini adalah satu cabaran yang perlu disahut kepada semua orang Kristian.” —CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments