Dengan kebangkitan, apapun akan berakhir dengan kebaikan

Kepercayaan pada kebangkitan, kepercayaan bahawa Tuhan membangkitkan Yesus dari kematian, merupakan dasar iman kita.

Apr 26, 2019

Saya rasa, kita semua sudah biasa mendengar sebuah ungkapan terkenal oleh Julian Norwich, kini ungkapan itu sudah menjadi aksiom dalam bahasa kita. Beliau pernah menulis ungkapan yang menjadi terkenal: Pada akhirnya semua akan menjadi baik, dan semua akan menjadi baik, dan semua cara menjadi baik. Kemudian Oscar Wilde dikatakan telah menambah: “Dan jika ia tidak berakhir dengan baik, maka itu tandanya ia masih belum berakhir.”

Mungkin, lebih mudah memahami ungkapan ini dalam peristiwa kita merayakan kebangkitan Yesus. Kepercayaan pada kebangkitan, kepercayaan bahawa Tuhan membangkitkan Yesus dari kematian, merupakan dasar iman kita.

Segala-galanya yang kita percaya sebagai orang Kristian bergantung kepada kebenaran itu dan seperti yang dikatakan oleh St Paulus, jika itu tidak benar, jika Yesus tidak dibangkitkan dari kematian, kita adalah orang yang paling dahsyat ditipu di antara semua orang.

Tetapi jika Tuhan membangkitkan Yesus, dan kita percaya bahawa Dia telah melakukannya, maka tidak hanya pesan-pesan lain Yesus yang boleh dipercayai, kita juga dapat hidup dengan penghiburan paling utama bahawa di pengakhiran cerita kita telah tertulis dan berakhir dengan kegembiraan — pengakhiran yang sangat menggembirakan. Kita pada akhirnya, hidup bahagia selamalamanya. Kehidupan sesungguhnya sebuah kisah dongeng.

Bagaimana kebangkitan Yesus menjamin semua itu? Pierre Teilhard de Chardin, seorang ahli sains dan mistik yang hebat daripada generasi terdahulu, menjawab. Beliau pernah, selepas membuat pernyataan di mana beliau membentangkan visi tentang bagaimana kosmos dan semua kehidupan akan datang bersama dalam satu keharmonian akhir di dalam Kristus Kosmik pada akhir zaman, beliau dicabar dengan pernyataan ini: “Itu banyak pemikiran dan optimis.”

Tetapi seperti kita meletupkan dunia dengan bom nuklear, apa yang terjadi kepada angan-angan anda kemudian?

Jawaban Teilhard yang mengagumkan, menggambarkan ciri harapan Kristian sejati, bukan sahaja impian dan optimisme semulajadi, malah ia juga meneguhkan bahawa kebangkitan Yesus menjamin segala-galanya.

Dia menjawab dengan kata-kata untuk kesan ini: “Jika kita meletupkan dunia dengan bom nuklear, maka itu akan menjadi masalah dua juta tahun.

Tetapi apa yang saya nyatakan akan berlaku, bukan kerana saya menginginkannya atau mempunyai bukti empirikal untuk menjaminnya. Ini akan terjadi kerana Kristus berjanji, dan dalam kebangkitan, Tuhan menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk menyampaikan janji itu.”

Apa yang kita percaya sebagai orang Kristian tidak berdasarkan pemahaman semangat atau optimisme semulajadi, ia berdasarkan kata-kata dan janji-janji Yesus dan kepercayaannya terhadap perkataan itu dan janji-janji itu dijamin oleh kebangkitan Yesus.

Apabila kita percaya ini, kita boleh menjalani kehidupan kita tanpa kebimbangan apa-apa, yakin bahawa pada akhir cerita kita sudah ditulis dan bahawa pengakhirannya adalah pengakhiran yang bahagia.

Jika kita percaya bahawa Tuhan membangkitkan Yesus daripada kematian, jika kita percaya pada kebangkitan, maka pada dasarnya, kita percaya bahawa dunia sudah diselamatkan. Kita tidak perlu menyelamatkan dunia; kita hanya perlu hidup dengan menghadapi hakikat bahawa kita percaya ia telah diselamatkan. Dan jika kita hidup dalam kepercayaan itu, kita boleh melalui pelbagai risiko, segala risiko, mengambil risiko dalam kehidupan kita sambil berpegang teguh bahawa pengakhiran kisah kita telah pun ditulis dan bahawa ia adalah satu kebahagiaan, tidak kira bagaimana perkaraperkara buruk yang berlaku dan dapat dilihat sekarang.

Mari kita melihat satu contoh keyakinan ini pada Uskup Agung Desmond Tutu, salah seorang tokoh utama yang menentang dan akhirnya menamatkan dasar apartheid di Afrika Selatan. Di tengah-tengah perjuangan untuk mengakhiri apartheid, dalam menghadapi pelbagai jenis ancaman, prelatus itu tetap teguh dan gembira menghadapi pelbagai ancaman dan risiko luar biasa. Apa yang menyebabkan beliau tetap teguh, gembira dan pantang mundur? Kepercayaan kepada kebangkitan Yesus.

Kadang-kadang pada pagi Ahad ketika beliau menyampaikan khutbah, tentera bersenjata akan masuk ke gereja dan berdiri di sepanjang laluan gereja dengan senjata di tangan untuk menakut-nakutkan Uskup Agung Tutu.

Tetapi, Uskup Agung itu, hanya tersenyum, tidak gentar dan berkata, “Saya gembira anda datang untuk menyertai pasukan yang menang!

Kita sudah menang!” Ketika mengatakan sedemikian, prelatus itu tidak bercakap tentang pertempuran terhadap apartheid yang, pada ketika itu, masih terlalu jauh untuk dijatuhkan.

Apa yang dimaksudkan oleh Prelatus itu ialah tentang kebangkitan Yesus, kemenangan sejati yang mengalahkan kejahatan, yang menjamin bahawa, pada akhirnya, kebaikan akan menang mengalahkan kejahatan, cinta mengatasi sempadan, keadilan mengatasi ketidakadilan, dan kehidupan atas kematian.

Dengan pengertian bahawa, kita boleh hidup dalam keyakinan dan harapan. Ia akan berakhir dengan baik, bukan kerana kita menginginkannya atau kerana halhal yang kelihatan seperti itu untuk kita. Ia akan berakhir dengan baik kerana Yesus menjanjikan akan dan kebangkitan itu, Tuhan menyokong janji itu.

Oleh itu, tiada apa yang perlu ditakuti, tidak ada yang tidak dapat dikalahkan, bukan ancaman yang harus ditakuti, atau kerugian, atau penyakit bahkan kematian. Kebangkitan Yesus memberi jaminan kepada kita bahawa pada akhirnya semua akan menjadi baik, dan semuanya akan menjadi baik, dan setiap cara menjadi baik; dan jika apa yang kita lalui sekarang tidak begitu baik, maka ia masih belum berakhir, namun, pada suatu tahap, ia tetap — kerana Yesus sudah bangkit — akan berakhir dengan baik juga! — Hakcipta Terpelihara 1999-2019@Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments