Dengan menerima orang asing, anda menerima Kristus

Sri Paus berkata demikian kepada para penziarah pada 26 Oktober lalu dalam katekesisnya tentang karyakarya amal belas kasihan.

Nov 08, 2016

KOTA VATIKAN: Apabila kita melakukan karya-karya belas kasihan, khususnya menerima atau mengalualukan orang yang tidak dikenali sama ada mereka daripada golongan pendatang atau pelarian, kita menyambut Kristus di dalam mereka dan membantu untuk mengembalikan maruah mereka sebagai manusia, kata Paus Fransiskus.

“Karya-karya belas kasihan ini sebenarnya menjadikan kita semakin jelas bahawa umat Kristian tidak bosan dan malas dalam menunggu pertemuan terakhir dengan Tuhan, tetapi setiap hari keluar, peka akan keperluan orang lain khususnya mereka yang sangat menderita, terpinggir dan dianiaya.”

Sri Paus berkata demikian kepada para penziarah pada 26 Oktober lalu dalam katekesisnya tentang karyakarya amal belas kasihan. Pada hari tersebut, prelatus itu merujuk kepada kisah dalam Injil Matius 25: 35-36: "Aku seorang asing dan kamu menyambut aku, aku telanjang, kamu memberikan Aku pakaian.”

Kerja-kerja rahmat yang berkaitan dengan pelayanan kepada orang yang tidak dikenali adalah sangat mendesak, terutama pada masa sekarang akibat krisis ekonomi, konflik bersenjata dan perubahan iklim yang mencetuskan punca ramai orang berhijrah.”

“Bagaimanapun, penghijrahan bukan fenomena baru,” malah ia sudah tergolong dalam sejarah umat manusia,” katanya, mereka yang memikirkan penghijrahan hanya satu masalah kontemporari menunjukkan “kurangnya pengetahuan sejarah.”

“Sejarah manusia adalah sejarah migrasi dalam semua latitud, tidak ada orang yang tidak tahu apa itu fenomena migrasi.” Penyelesaiannya ialah, solidariti dalam melaksanakan karyakarya belas kasihan,” jelas Sangti Papa.

“Hari ini, konteks krisis ekonomi adalah kerana kemunculan sikap tamak haloba, mementingkan diri dan tidak menerima pendatang atau pelarian. Di sesetengah tempat di dunia ini mewujudkan halangan atau pagar melalui peraturan dan undang-undang bagi golongan pendatang atau pelarian.”

“Mewujudkan “pagar” bukan penyelesaian. Ini boleh memberi masalah sampingan misalnya penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Satu-satunya penyelesaian ialah solidariti!”

Sri Paus kemudiannya mengajak umat untuk mencontohi Sto Frances Cabrini, seorang kudus yang mengabdikan hidupnya bagi membantu golongan pendatang di Amerika Syarikat. Orang kudus itu telah, menunjukkan komitmen Kristian dalam hal penghijrahan dan semua orang harus terlibat dalam komiten ini. Keuskupan, gereja, institusi kehidupan suci, persatuan dan pergerakan, sebagai orang Kristian, kita dipanggil untuk mengalu-alukan saudara-saudara yang melarikan diri dari peperangan, kebuluran, keganasan dan keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan.”--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments