Devosi Bonda Maria buat harapan kelam jadi cerah

Jilson Tio dibesarkan dalam sebuah keluarga Katolik tradisional Filipina dengan devosi yang kuat kepada Bonda Maria

Nov 04, 2016

MANILA: Jilson Tio dibesarkan dalam sebuah keluarga Katolik tradisional Filipina dengan devosi yang kuat kepada Bonda Maria. Namun, pada suatu hari di tahun 2014, iman guru berusia 34 tahun ini telah diuji.

Dia didiagnosis dengan leukemia myeloid akut. Tio ingin menyangkal penyakitnya itu meskipun demam muncul setiap malam dan warna kulitnya berubah pucat dari hari ke hari.

“Pada awalnya saya ingin menyangkal bahawa saya sakit,” kata Tio. Tapi, itu hanya untuk sementara. Setelah beberapa minggu, dia mulai berdoa.

“Engkau telah memberkati saya dan keluarga saya, dan itu tidak akan mudah bagi saya,” kata Tio dalam doanya kepada Tuhan.

“Saya percaya Engkau tidak akan memberikan saya sebuah salib yang saya tidak mampu dipikul,” katanya.

Selama menerima rawatan pertama dengan kemoterapi, Tio harus tinggal di rumah sakit hampir satu bulan. Keluarganya menyambut Tahun Baru 2015 di dalam sebuah kamar rumah sakit. Dia merayakan ulang tahunnya saat menjalani transfusi darah.

Setelah beberapa minggu, doktor menempatkan Tio di unit perawatan intensif. “Saya pasrah,” katanya. Di sisi tempat tidurnya, dia hanya memiliki seutas rosario dan gambar Bonda Maria dari Guadalupe.

Tio berdoa melalui Bonda Maria untuk tidak meninggalkan dia sendirian. Dia terlalu lemah untuk berdoa rosario. “Tuhan kasihanilah saya.”

Pada suatu hari, seorang doktor baru ditugaskan untuk menjaganya dan memperkenalkan dirinya sebagai Marian de Jesus.

“Saya percaya itu adalah cara Bonda Maria membantu saya iaitu melalui doktor baru itu. Namanya, Marian de Jesus, memberikan saya ketenangan,” tambahnya.

Melawan penyakit itu adalah perjuangan panjang bagi Tio, tetapi dia tidak pernah menyerah “kerana sejak awal, Bonda Maria bersama saya.” Dia kemudian mengatakan bahawa devosinya kepada Bonda Maria semakin menjadi lebih kuat.

Pada November 2015, doktor mengesahkan Tio bebas dari leukemia. Tio bersukacita dan menegaskan kesembuhannya adalah “berkat daripada Tuhan melalui Bonda Maria.

Filipina telah mendedikasikan Oktober sebagai Bulan Maria dan Bulan Rosario.

Kardinal Luis Antonio Tagle, Uskup Agung Manila mengatakan Bonda Maria selalu menunjukkan belas kasihan kepada warga Filipina, terutama di tengah-tengah cabaran kerana “Bonda Maria telah membantu menghadapi rintangan tersebut.”

Selama perayaan 99 tahun penampakan Bunda Maria kepada tiga kanak-kanak di Fatima, Portugal, Kardinal Tagle mengatakan, umat Katolik harus berdoa melalui Bonda Maria.

“Jika anda tidak tahu ke mana harus pergi, jika anda tidak yakin jika ada seseorang yang akan menerima anda, beralihlah kepada Bonda Maria,” kata prelatus itu kepada ribuan umat yang berkumpul di Katedral Manila pada 7 Oktober.

Prelatus itu berpesan bahawa devosi harus dipraktikkan. “Kita harus menjadi saluran rahmat,” katanya, seraya menambahkan bahawa umat Katolik harus “berdoa dan bekerja, dan memikirkan orang lain.”

Bagi Tio, “Devosi kepada Bonda Maria mengarah kepada Yesus Kristus,” katanya. “Devosi menguatkan kita di tengah- tengah perjuangan, dan devosi menuntun kita melayani orang miskin, orang sakit, dan ditinggalkan,” tambahnya.--Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments