Dialog bermula dengan empati!

Orang Kristian yang memberitakan Injil mesti melihat orang yang tidak mengenal Kristus sebagai anak-anak Tuhan dan bukannya menganggap mereka yang tidak percaya kepada Kristus sebagai musuh lalu menghina mereka,” tegas Sri Paus Fransiskus.

Nov 14, 2019

VATIKAN: Orang Kristian yang memberitakan Injil mesti melihat orang yang tidak mengenal Kristus sebagai anak-anak Tuhan dan bukannya menganggap mereka yang tidak percaya kepada Kristus sebagai musuh lalu menghina mereka,” tegas Sri Paus Fransiskus.

Misi Santo Paulus di Greece memberi teladan dan pertemuannya dengan budaya pagan di sana berfungsi sebagai peringatan bahawa orang Kristian harus "membuat jambatan untuk berdialog" dengan budaya lain, kata Sri Paus pada 6 Nov semasa audiensi mingguan dengan umat awam.

Meneruskan siri katekesisnya tentang Kisah Para Rasul, Sri Paus memfokuskan akan lawatan St Paul ke Athens, sebuah  bandar yang "masih berpegang kepada budaya lama dan penuh dengan berhala." Menurut tradisi, Sto Paulus berkhutbah kepada orang Athena di Areopagus, sebuah kawasan yang merupakan simbol kehidupan politik dan budaya Yunani serta tempat mezbah “tuhan yang tidak dikenali".

Paganisme orang Yunani tidak menyebabkan rasul itu melarikan diri, jelas Sri Paus.Sebaliknya, "Paulus memandang budaya dan persekitaran Athens dari sudut pandangan kontemplatif yang melihat Tuhan tinggal di rumah mereka, di jalanjalan dan dataran mereka."

"Di tengah-tengah salah satu institusi yang paling terkenal di dunia kuno,  Areopagus, Paulus menyedari satu contoh pesan luar biasa dari inkulturasi iman. Paulus mewartakan Yesus Kristus kepada orang-orang yang menyembah berhala. Rasul itu tidak melakukannya dengan tidak menyerang sebaliknya menjadikan dirinya sebagai ‘pontiff’ atau seorang pembina jambatan."

Rasul itu, bercakap dari mezbah kota yang didedikasikan kepada “tuhan yang tidak dikenali" dan menarik perhatian orang Athena dengan "empati," mengisytiharkan bahawa dia berkhutbah atas nama orang yang mereka "sembah tanpa mengenalinya. Dengan demikian, Sto Paulus tidak mewartakan tuhan yang tidak dikenali melainkan "mengisytiharkan Dia yang  tidak diketahui oleh orang belum mengenal Yesus dan yang sudah mengenal Dia.”

Dengan cara ini, St Paul dapat mengumumkan pesan keselamatan, "kerygma," dengan merujuk "kepada Kristus tanpa menerangkan dan mendefinisikannya sebagai lelaki yang dipilih Tuhan," katanya. Sri Paus mengakhiri katekesisnya dengan meminta orang Kristian meminta Roh Kudus untuk "mengajar kita untuk membina jambatan dengan budaya, membina jambatan dengan orang-orang yang tidak percaya atau dengan mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeza daripada kita." --Oleh Junno Arocho Esteves, CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments