Doa Untuk Negara Kita

Doa Untuk Negara Kita

Sep 28, 2018

Pemimpin: 
Marilah kita mewartakan nama Tuhan 
dan memuji kemuliaan Tuhan kita!

Semua:
Semua:
Tuhan, betapa sempurnanya
karya-Mu dan semua
perbuatan-Mu adalah adil.

Biarlah suara-Mu didengar pada hari
ini oleh semua bangsa!
Ya Tuhan, Hakim para bangsa,
Urapilah kami dengan
ketakutan akan kemurkaan-Mu agar
kami sedar bahawa kami
hanyalah manusia biasa.

Bapa, seluruh alam semesta Mu
mengeluh dan berbeban berat untuk
ingin dibebaskan dari kuasa yang
menghancurkan, untuk bebas
di dalam kemuliaan sebagai
anak-anak Tuhan.

Tuhan Yesus,
utuslah Roh Kebenaran-Mu dan
biarlah Roh ini membuktikan
‘kepada kuasa-kuasa duniawi”
betapa salahnya pendapat mereka
tentang dosa, dan apa yang benar dan
hukuman Tuhan.

Ya Tuhan, tunjukkanlah kuasa akan
karya-karya-Mu kepada semua umat-
Mu dan penuhilah kami
dengan pengetahuan akan
kemuliaan-Mu sebagaimana lautan
penuh dengan air.

Himpunkan kami semua
ya Tuhan di dalam Nama-Mu
dan semoga semua orang memuji
bahawa Engkaulah
satu-satunya Tuhan yang Benar.

(Doa ini digubah dari pelbagai petikan Alkitab)

Total Comments:0

Name
Email
Comments