Empat komuniti besar HTC ziarah ke Sandakan

Empat komuniti besar Gereja Holy Trinity iaitu komuniti Kadazan, Cina, Filipina dan Indonesia, berziarah ke Pintu Suci di Katedral St Mary.

Nov 08, 2016

SANDAKAN: Empat komuniti besar Gereja Holy Trinity iaitu komuniti Kadazan, Cina, Filipina dan Indonesia, berziarah ke Pintu Suci di Katedral St Mary.

Seramai 86 umat paroki yang berusia 70 tahun dan ke bawah, bersemangat menyertai ziarah yang diadakan pada 8-9 Oktober lalu.

Selain melewati Pintu Suci, para penziarah juga berkesempatan berdoa di hadapan Grotto dan berdoa Rosario di Bukit Marian.

Total Comments:0

Name
Email
Comments