Fransiskus bahas salah lakuseksual di kalangan klerus

Pemahaman Gereja Katolik telah berkembang dalam pemahamannya tentang masalah gangguan seksual yang dilakukan klerus dan masalah serius yang timbul akibat menyembunyikan hal itu, Sri Paus Fransiskus.

Oct 05, 2018

ROMA: Pemahaman Gereja Katolik telah berkembang dalam pemahamannya tentang masalah gangguan seksual yang dilakukan klerus dan masalah serius yang timbul akibat menyembunyikan hal itu, Sri Paus Fransiskus.

Kembali ke Roma dari perjalanan 22-25 September ke negara-negara Baltik, Sri Paus Fransiskus ditanya tentang ceramahnya kepada kaum muda di Tallinn, Estonia, ketika dia berhadapan dengan orang-orang muda yang tidak puas hati ketika mereka melihat gereja gagal mengatasi gangguan seksual dengan jelas.

“Kaum muda kecewa dengan kemunafikan orang dewasa, kecewa kerana peperangan, kurangnya koordinasi, oleh korupsi, dan korupsi itu adalah dalam bentuk gangguan seksual,” kata Sri Paus .

Menurut Sri Paus, apa pun statistik yang dikatakan tentang perlakuan kejam klerus, “meski hanya satu gangguan seksual daripada seorang imam terhadap seorang kanakkanak lelaki atau perempuan, itu mengerikan, kerana dia dipilih oleh Tuhan untuk membimbing anak itu ke syurga.”

Fakta bahawa gangguan seksual anak terjadi di kebanyakan tempat tidak mengurangi skandal, katanya.

Namun tidak benar bahawa gereja tidak melakukan apaapa “untuk membersihkannya,” kata Sri Paus Fransiskus kepada wartawan.

Jika seseorang melihat laporan pengadilan Pennsylvania yang didedahkan pada bulan Ogos atau penelitian tentang kes-kes penyelewengan lain, jelas bahawa sebahagian besar kes terjadi beberapa dekad yang lalu dan kini, "gereja menyedari bahawa harus melawannya dengan cara yang berbeza.”

“Pada zaman dahulu hal-hal ini ditutupi contohnya dalam keluarga, ketika seorang bapa saudara mencabul kehormatan anak saudaranya, hal itu ditutupi kerana ia sangat memalukan,” kata Sri Paus Fransiskus. “Begitulah cara orang berfikir pada abad terakhir.”

Untuk memahami apa yang terjadi pada masa lalu, kata Sri Paus, seseorang harus ingat bagaimana gangguan seksual ditangani.

Masa lalu harus ditafsirkan dengan keadaan situasi zaman itu. Kesedaran moral manusia berkembang seiring waktu, contohnya hukuman-hukuman terhadap pesalah.

Sebagai contoh, kata Sri Paus, di Pennsylvania, gereja mulai memahami,bahawa hal memalukan ini harus diadili di pengadilan.

Bahkan Sri Paus Fransiskus telah mendorong para uskup untuk melaporkan kes-kes berkaitan atau sebarang penyelewengan kepada Kongregasi untuk Ajaran Iman, dan beliau “tidak pernah,” memberikan amnesti kepada seorang imam yang dinyatakan bersalah melakukan gangguan seksual.

Sri Paus Fransiskus tidak menyebut nama Uskup Agung Carlo Maria Vigano, mantan duta besar untuk Amerika Syarikat, yang mendakwa bahawa Sri Paus Fransiskus mengetahui dan mengabaikan pelanggaran seksual mantan Kardinal Theodore E. McCarrick. Dan wartawan tidak bertanya kepada Sri Paus tentang Uskup Agung Vigano kerana Fransiskus bersikap tegas bahawa sebahagian besar pertanyaan dalam penerbangan itu harus berkaitan perjalanannya ke Lithuania, Latvia dan Estonia.

Tetapi Sri Paus memang mengatakan bahawa “ketika timbulnya kekecohan akibat pernyataan mantan nuntius, para uskup dari seluruh dunia telah menulis pesan untuk memberitahu saya bahawa mereka dekat dengan saya dan berdoa untuk saya.” — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments