Gereja-gereja Katolik Malaysia sumbang kolekte untuk TABUNG HARAPAN

Dengan harapan dapat mengurangkan jumlah hutang negara Malaysia sekarang ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan penu

Jun 08, 2018

KUALA LUMPUR: Dengan harapan dapat mengurangkan jumlah hutang negara Malaysia sekarang ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM).

Tujuan penubuhan Tabung Harapan Malaysia dibuka kepada umum adalah jelas supaya dapat memberikan peluang kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu mengurangkan sedikit sebanyak hutang negara Malaysia yang cukup tinggi ini.

Tabung Harapan Malaysia turut mendapat reaksi positif dari keuskupan-keuskupan Katolik di Malaysia. Uskup Agung Julian Leow mengumumkan bahawa pungutan untuk Tabung Harapan Malaysia akan dibuat dalam Misa Kudus pada 22-24 Jun, iaitu Hari Minggu keempat.

Dalam surat pekeliling kepada para klerus, Uskup Agung Julian mengatakan pungutan tersebut menandakan komitmen penganut Katolik di negara ini yang turut sama mahu menyumbang kepada negara dan juga salah satu cara Gereja menunjukkan komitmennya untuk membangun semula Malaysia.

“Hanya akan ada satu kali pungutan pada setiap Misa pada Hari Minggu Keempat,” kata Uskup Agung Julian. “Saya berterima kasih atas kemurahan hati anda dan sebagai Gereja Malaysia, marilah kita terus berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta ini.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments