Gereja menyelesaikan konflik dengan terang Roh Kudus

Paus Fransiskus memulai katekesis nya pada 23 Oktober 2019, dengan mengatakan bahawa Kisah Para Rasul menceritakan tentang perjalanan panjang Firman Tuhan.

Nov 02, 2019

VATIKAN: Paus Fransiskus memulai katekesis nya pada 23 Oktober 2019, dengan mengatakan bahawa Kisah Para Rasul menceritakan tentang perjalanan panjang Firman Tuhan.

Perjalanan itu, kata Sri Paus, dimulai setelah “penganiayaan kejam.” Dalam penganiayaan itu, orangorang Kristian dipaksa melarikan diri dengan membawa Firman itu tetapi ia tidak melemahkan semangat evangelisasi.

Di antara yang melarikan diri dari penganiayaan itu adalah Paulus dan Barnabas. Mereka membawa Injil kepada orang Yahudi Antinoch di Syria.

“Kitab Kisah Para Rasul mengungkapkan sifat Gereja itu,” kata Sri seraya menjelaskan bahawa Gereja “bukanlah benteng, tetapi sebuah tenda, yang ruangnya dapat diperluas” sehingga semua orang dapat emasukinya.

Gereja itu berjalan dan berkembang “kalau tidak dia bukan Gereja,” kata Bapa Suci lalu memberi contoh gereja-gereja tertentu yang dilihatnya di Roma, Buenos Aires, Argentina, dengan pintu tertu tup, yang menggambarkan “tanda buruk”, kerana ia bersifat tertutup, tidak mengalu-alukan.

Sri Paus lalu menjelaskan, “pintu terbuka” ini menyebabkan kontroversi, kerana ramai orang bertanya kepada diri sendiri ‘terbuka untuk siapa?’

Di sini, Bapa Suci memberikan gambaran bagaimana para rasul berurusan dengan perselisihan serius mengenai apakah orang-orang tidak beragama harus mematuhi undang undang Musa sebagai sebahagian dari keselamatan mereka — khususnya, mereka harus disunat terlebih dahulu dan kemudian dibaptiskan?

Anggota komuniti Kristian awal mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai apa yang perlu tentang keselamatan maka Sto Paulus dan Barnabas,  berbincang dengan para rasul dan penatua Yerusalem. Perbincangan itu dianggap sebagai konsili pertama dalam sejarah gereja, ujar Sri Paus.

Konsili Yerusalem meneliti “masalah teologi, rohani dan disiplin yang sangat halus, iaitu hubungan antara iman kepada Kristus dan pematuhan hukum Musa,” kata Sri Paus.

Sto Petrus dan Yakobus mengundang para jemaat agar tidak memaksa bersunat di kalangan orang tidak beragama sebaliknya meminta mereka menolak menyembah berhala dan segala kaitan dengan berhala.

Pada konsili itu, "kesepakatan"  lahir dari perbincangan dan keputusan diperakui,” kata Bapa Suci.

“Konsili Yerusalem memberikan cahaya penting bagi kita tentang cara  menghadapi perselisihan dan mencari 'kebenaran dalam cinta. Ia mengingatkan kita bahawa kaedah eklesial untuk menyelesaikan konflik adalah berdasarkan dialog iaitu mendengar dengan penuh perhatian, sabar dan dengan pengertian dalam terang Roh.”

Kesimpulan konsili juga “membantu kita memahami sinodaliti” kerana ia bermula dengan para rasul yang berkata, “Roh Kudus dan kita berfikir ...”

Sinodaliti, kata Fransiskus adalah “kehadiran Roh Kudus, jika tidak, ia bukan sinodaliti, tanpa Roh Kudus, ia sekadar ruang tamu, sebuah parlimen, atau sesuatu yang lain.”

“Gereja bukan kubu, tetapi sebuah khemah yang mampu mengembangkan dan menawarkan pelayanan atau bantuan kepada semua orang,” katanya. Gereja itu ‘keluar’ jika ia ‘tertutup, tidak keluar;maka ia bukan gereja. Ia harus sentiasa melebarkan biliknya supaya semua boleh memasukinya,” ujar Sri Paus. --CNS 

Total Comments:0

Name
Email
Comments