Hari-hari biasa yang sebenarnya hari luar biasa

Hari-hari biasa yang sebenarnya hari luar biasa

Aug 24, 2018

Semasa saya masih seorang novis dengan kongregasi Oblates of Mary Immaculate, Pembantu Pengarah Novis kami, seorang yang jujur tetapi terlalu tegas, mengingatkan kami agar tidak memandang ringan atau bersenang lenang dalam menghadapi kehidupan ini kerana menurut beliau, tidak ada kejadian yang dicatatkan di dalam Kitab Suci bahawa Yesus pernah ketawa.

Saya merupakan seorang novis yang alim tetapi tidak setuju dengan pendapat beliau malah pandangan pembantu pengarah Novis itu membuatkan saya berusaha membuktikan pendapatnya adalah salah.

Saya mengkaji Injil dengan teliti untuk menyokong pendapat saya tetapi saya akhirnya mendapati, dari segi teknikal, kata-kata beliau adalah betul. Tetapi adakah pendapat beliau benar?

Beberapa tahun kemudian, semasa belajar di seminari, saya membaca buku Peter Berger bertajuk, A Rumour of Angels (Khabar Angin tentang Malaikat). Penulis buku itu cuba memberitahu pembaca bahawa di dalam pelbagai pengalaman harian, kita mempunyai keintiman ilahi, “khabar angin tentang malaikat” serta menyatakan bahawa pengalaman harian yang kita anggap biasa-biasa sahaja sebenarnya luar biasa kerana Tuhan berada di tengah-tengah pengalaman atau kehidupan kita.

Peter juga menceritakan sebuah pengalaman di mana seorang ibu sedang menenangkan anaknya yang ketakutan pada waktu malam.

Si ibu menggunakan kata-kata lembut dan gerakan tubuh yang meyakinkan si anak bahawa dia tidak perlu takut kerana dunia dan segalagalanya dalam keadaan baik. Ketika menyatakan kata-kata itu, si ibu sebenarnya sedang melafazkan doa kepercayaan secara tidak langsung.

Satu lagi bentuk keintiman keilahian, menurut Peter, dapat dilihat melalui pengalaman kita yang biasa iaitu melalui fenomena ketawa.

Katanya, semasa ketawa, dengan tidak sengaja kita menunjukkan kemuliaan Tuhan di dalam diri kita: Sekiranya kita mampu ketawa dalam pelbagai situasi, ia menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang mulia dan ilahi di dalam diri kita. Peter percaya bahawa dalam ketawa, kita mempunyai sukacita di dalam Tuhan.

Ini turut dipersetujui oleh Karl Rahner. Beliau menyatakan bahawa ketawa menunjukkan bahawa kita adalah “mesra” dengan realiti dan Tuhan.Tawa ria memuji Tuhan kerana ia menubuatkan keadaan kita di syurga iaitu keadaan terakhir kita yang penuh dengan semangat kegembiraan.

Mengulas tentang Ucapan Bahagia Yesus dalam Injil Lukas di mana Yesus menyatakan, “Berbahagialah kamu yang sekarang ini menangis, kerana kamu akan ketawa” — Rahner menjelaskan bahawa Yesus mengatakan bahawa kegembiraan merupakan keadaan terakhir kita di syurga, ucapan bahagia Yesus bukan sekadar menghiburkan dan menenangkan kita tetapi ia juga membawa tawa — sebuah kegembiraan di dalam jiwa dan rohani.

Berikut adalah kata-kata Karl Rahner, “Tetapi anda akan ketawa.” Dan kerana Sabda Tuhan membantu atau menyokong katakata manusia untuk meluahkan keadaan kita pada suatu hari nanti — sebab inilah sebuah keabadian mengandungi perkara tersembunyi tetapi nyata di dalam hidup seharian; inilah sebabnya, gelak ketawa dalam hidup seharian mengumumkan dan menunjukkan bahawa kita selesa dengan realiti, lebih-lebih lagi, semua yang berkuasa dan kekal dan yang diselamatkan akan mengatakan 'amen' kepada semua perkara yang dilakukan-Nya dan perkaraperkara yang diperkenankan- Nya.

Ketawa adalah pujian kepada Tuhan kerana ia menubuatkan pujian Tuhan yang kekal pada akhir zaman, apabila orang-orang yang menangis di dunia akan tertawa. Tetapi adakah ini sesuatu yang jahil? Keyakinan manusia digantikan dengan harapan? Adakah ini satu semangat yang menyamar sebagai teologi? Adakah dengan menyatakan bahawa sekiranya saya gembira bermakna Tuhan berada di samping saya — merupakan satu pandangan naif? Malah, dalam Injil, di mana kejadian yang merekodkan bahawa Yesus pernah ketawa?

Sarjana Kitab Suci yang bijaksana telah lama menyatakan bahawa mencari teks peribadi untuk membuktikan atau menyangkal fakta ini bukanlah pendekatan yang baik di dalam Kitab Suci. Untuk mengajar Kitab Suci, adalah baik dengan melihat Kitab Suci keseluruhannya.

Dan jika kita berbuat demikian, saya percaya kita akan mendapati bahawa Peter Berger dan Karl Rahner adalah betul. Seperti yang dinyatakan oleh Rahner, Yesus sendiri mengajar bahawa ketawa akan menjadi sebahagian daripada keadaan terakhir iaitu keadaan kita di syurga. Anda hendaklah ketawa!

Tetapi, ia bukan setakat itu sahaja, pesanan Yesus secara keseluruhannya mengajak kita untuk bergembira, kegembiraan yang tidak akan diambil daripada kita dan ketawa adalah ungkapan bersemangat kegembiraan yang bahagia. Ia adalah kemuncak, teratas, mahkota permata, keadaan kita semasa di tempat terakhir kita iaitu di syurga.

Oleh itu, dalam ketawa kita mempunyai kemuliaan Tuhan dan menunjukkan kemuliaan Tuhan di dalam diri kita. Di dalam ketawa, kita menyatakan bahawa kita bersahabat dengan realiti dan intim dengan Tuhan. Di dalam ketawa, kita mengesahkan kegembiraan dan kebahagiaan tersebut dan memberitahu dunia — seperti mantera hebat Julian Norwich yang menegaskan bahawa “pada akhirnya, semua akan menjadi baik dan setiap kejadian akan menjadi baik” — meskipun dunia ini bukanlah keadaan terakhir kita.

Pembantu Pengarah Novis tersebut merupakan seorang yang baik, ikhlas, lemah lembut tetapi sangat serius. Beliau lebih mementingkan ketegasan daripada tawa ria malah ketawa bukanlah kaedah pilihannya dalam menyatakan doa kepercayaan beliau. Beliau menunjukkan imannya dengan cara lain, beliau percaya ketawa bukanlah satu-satunya cara menunjukkan kemuliaan Tuhan di dalam hidup hariannya.

Tetapi ketawa merupakan salah satu keintiman Ilahi di dalam hidup manusia. Ketawa dengan ikhlas bukan dipaksa atau secara sinis, dikatakan oleh Rahner sebagai “kemabukan kegembiraan” dan “keadaan terakhir kita di syurga iaitu dalam keadaan sangat gembira.” Oleh itu, ketika kita ketawa, kita mengulangi doa kepercayaan tersebut iaitu percaya kita akan bersukacita apabila tiba di tempat terakhir kita.-- Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999- 2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments