Iman dan menuju ambang kematian

Anda akan selalu hidup dalam ketakutan akan kematian dan kehidupan selepas itu, melainkan anda seorang santo atau mistik.

Nov 14, 2019

Anda akan selalu hidup dalam ketakutan akan kematian dan kehidupan selepas itu, melainkan anda seorang santo atau mistik. Inilah sebahagian lumrah hidup manusia. Tetapi kita boleh dan harus melangkaui ketakutan kita terhadap Tuhan.

Semasa kecil, saya menghadapi banyak ketakutan. Saya mempunyai imaginasi yang sangat aktif dan terlalu kerap berimaginasi ada pembunuh di bawah katil saya, ada ular berbisa berlingkar di kaki saya, ada kuman membawa maut dalam makanan saya, pembulipembuli yang sedang mencari mangsa di taman permainan dan banyak lagi imaginasi saya yang boleh membawa kematian dan ancaman yang tidak diketahui.

Ketika masih kanak-kanak, saya selalu berasa takut: takut akan gelap, takut akan kematian, takut dengan alam selepas kematian dan takut akan Tuhan.

Ketika menginjak kedewasaan, fikiran saya juga semakin matang. Saya tidak lagi membayangkan ada ular berbisa yang sedang bersembunyi atau ada pembunuh di bawah katil saya. Saya mula berasa kuat, pandai mengawal diri, dan sudah tahu membezakan antara realiti dan imaginasi serta lebih banyak peluang untuk bertumbuh daripada mengancam kehidupan sendiri. Namun, bagi menghilangkan ketakutan akan ular, pembunuh dan kegelapan, ia memerlukan usaha yang gigih. Bukan mudah bagi saya untuk menghadapi rasa takut akan kematian, takut  akan akhirat dan takut akan Tuhan.

Ketakutan-ketakutan itu adalah kuasa-kuasa jahat terakhir yang harus diusir tetapi ia tidak pernah berakhir dan tidak pernah tunduk buat selama-lamanya. Yesus sendiri, menggigil apabila berhadapan dengan kematian, apatah lagi kita yang tidak tahu apa yang berlaku dalam kematian. Tetapi Yesus tidak menggigil dalam ketakutan di hadapan Tuhan.

Sebaliknya, Dia menghadapi kematian dan semua perkara yang tidak pasti, umpama seorang kanak-kanak yang bergantung dan berharap kepada ibu bapa yang penyayang, Dia memberikan diri sepenuhnya kepada Tuhan dan kepercayaan seperti inilah yang memberikan Yesus kekuatan dan keberanian untuk mengharungi segala ketidak pastian, fasa kesepian, salah faham, maruah yang tercalar dan dapat mengampuni mereka yang berbuat jahat kepadaNya. Kita tidak seharusnya takut akan Tuhan. Tuhan boleh dipercayai. Tetapi mempercayai Tuhan memerlukan kita untuk mempunyai rasa takut yang sihat kerana ketakutan ada kaitannya dengan anatomi cinta kasih. Kitab Suci menyatakan, “Takut kepada Tuhan adalah permulaan bijaksana.”

Ketakutan yang sihat adalah lebih kepada penghormatan, terpesona akan kasih, kepercayaan kepada kasih yang tidak mengecewakan. Ketakutan yang sihat bersifat cinta kasih, takut untuk mengkhianati, takut untuk tidak setia di mana kasih meminta kita untuk mengasihi sesungguhnya  dan tidak meminta balasan. Kita tidak takut dengan seseorang yang kita percaya, kita tidak takut jika secara tiba-tiba dia menjadi kasar, kejam, ganas, tidak menghormati dan tidak mengasihi kita.

Sebaliknya, kita lebih takut jika kita tidak berkelakuan atau tidak cukup berterima kasih di atas segala kepercayaan yang diamanahkan kepada kita, apatah lagi daripada Tuhan. Kita harus percaya bahawa Tuhan memahami sifat kemanusiaan kita: Tuhan tidak meminta kita menumpukan atau memberikan perhatian kepadaNya sepanjang masa.

Tuhan menerima persoalan-persoalan biasa dalam hati kita. Tuhan menerima keletihan dan kelesuan kita. Tuhan menerima bahawa kita perlu rehat dan meluangkan masa untuk perkara lain. Tuhan memahami bahawa kita biasanya lebih mudah menghibur kan diri dengan perkara-perkara lain daripada berdoa. Malah, Tuhan juga menerima penolakan kita dan keangkuhan kita yang mahu hidup sendiri.

Seperti seorang ibu yang erat memeluk anaknya yang menjerit dan meronta-ronta, Tuhan juga bersikap sama apabila kita menghadapi masa yang mahu disokong, dikendong dan dipeluk. Tuhan tahu mengendalikan kemarahan kita, rasa simpati dengan diri sendiri dan penolakan kita.

Tuhan memahami kemanusiaan kita ketika kita bergelut untuk memahami apa makna menjadi manusia di hadapan Tuhan.

Selama beberapa tahun, saya takut saya terlalu terjebak dengan perkara-perkara duniawi dan saya jauh daripada melakukan perkaraperkara yang kudus.  Saya selalu takut Tuhan mahu banyak perkara daripada saya. Saya berasa yang saya harus meluangkan lebih banyak waktu untuk berdoa tetapi dalam masa yang sama, saya juga selalu berasa penat untuk berdoa, lebih suka menonton rancangan sukan di televisyen atau lebih selesa duduk bersama keluarga, rakanrakan sepejabat atau kawankawan, sambil berbual tentang banyak perkara kecuali topiktopik rohani.

Bertahun-tahun lamanya, saya takut Tuhan mahu saya lebih mendalami iman saya. Mungkin Dia pernah meminta saya! Tetapi, pada masa sekarang, apabila usia semakin meningkat, saya semakin menyedari bahawa untuk bersama Tuhan dalam doa dan bersama  dengan Tuhan di dalam hati adalah seperti bersama dengan rakan yang sangat dipercayai.

Bersahabat dengan Tuhan amat mudah, ia adalah sebuah persahabatan yang santai. Sahabat tidak meluangkan masa mereka bercakap tentang diri sendiri. Tetapi mereka lebih bercakap tentang semua perkara seperti gosip terbaru yang berlaku di tempat mereka, apa yang mereka tonton di televisyen pada malam sebelumnya — meskipun ada kalanya mereka mengeluh bahawa harus bercakap tentang perkaraperkara yang lebih berguna.  Yohanes dari Salib ada mengajar bahawa dalam hal persahabatan yang telah lama bermula, perkaraperkara yang penting berlaku pada luaran dan perbualan luaran menjadi yang kedua.

Kebersamaan, rasa senang antara satu yang lain, rasa selesa, rasa seperti berada di rumah dengan rakan — inilah yang kita beri kepada rakan kita, begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan perhubungan kita dengan Tuhan. Tuhan menjadikan kita manusia dan dengan semua kelemahan kita, Tuhan mahu kita selalu bersamaNya, dengan selesa, dengan rasa terhibur, dan dengan perasaan seperti berada di rumah apabila bersama- Nya.

Ketakutan kita kepada Tuhan boleh terjadi dalam bentuk penghormatan atau segan. Rasa hormat adalah perasaan yang sihat tetapi yang kedua adalah neurotik. --Oleh Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2019

Total Comments:0

Name
Email
Comments