Ingin bersua, KBPT St Martin berZoom lepas kerinduan

Jom berZOOM boleh juga diinterpretasikan sebagai “mari”, “ayuh”, “kaino” atau “let’s” dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat.

Nov 14, 2020

TELUPID: Jom berZOOM boleh juga diinterpretasikan sebagai “mari”, “ayuh”, “kaino” atau “let’s” dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat.

Ungkapan ini sering kali kita dengar di mana-mana sahaja pada masa kini misalnya  jom (ZOOM) atau jom GM (Google Meet) dan banyak lagi platform aplikasi yang lain yang boleh digunakan untuk bertemu, bersua, berkumpul walaupun atas talian sahaja.

Norma baharu yang telah menjadi sebahagian daripada rutin seharian kita pada masa kini telah menjentik dan memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk terus berhubung antara satu sama lain walaupun tidak dapat berkumpul bersama memandangkan penularan pandemik covid-19 di negeri kita Sabah.

Kerinduan pada pelayanan? Itu sudah semestinya! Ramai yang men yatakan kerinduan mereka untuk hadir di rumah Tuhan untuk beribadah dan melakukan pujian dan penyembahan bersama. Oleh itu, pada 22 Oktober 2020 lalu hasil inisiatif Kerasulan Belia Paroki (KBP) St Martin Telupid untuk berdoa rosari atas talian telah bermula dengan kehadiran Father Dafrinn Diwol selaku pembimbing rohani Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan merangkap pembantu paderi di St Martin Telupid, Sr Rusiah Garuk FSIC dari Pejabat Belia Keuskupan Sandakan dan Seminarian Andy Borine yang sedang menjalankan  latihan pastoral di St. Martin Telupid.

Cadangan ini sudah lama diutarakan namun kerana kekangan dan proses penyesuaian dengan norma  baharu, sesi yang telah lama dirancang ini baru dapat direalisasikan dengan sambutan yang sungguh menggembirakan. 

Sekitar 20 orang umat dan belia telah bersama-sama dalam sesi yang pertama ini. Capaian Internet yang kurang baik di sesetengah tempat menjadi salah satu faktor ramai yang tidak dapat turut serta. Walau bagaimanapun, usaha yang pertama ini memberikan suntikan semangat kepada Tim KBP untuk meneruskan aktiviti ini sebagai salah satu pengisian secara mingguan dan ia juga terbuka kepada semua umat.

Tidak dapat berkumpul bersama bukanlah menjadi penghalang untuk kita semua mengeratkan dan menjalin persahabatan dan juga saling menguatkan dalam iman.

Di samping dapat berkumpul dan berdoa  bersama, masingmasing dapat bertanya khabar dan sekurang-kurang dapat melepaskan rindu untuk bertemu antara satu dengan yang lain. — KBPT St Martin Telupid

Total Comments:0

Name
Email
Comments