Jangan lupa baca ini novel kio!

Jangan lupa baca ini novel kio!

Jun 08, 2018

Wo w ! Tahniah d a n syabas diucapkan kepada Sdri Flora James dan Father Stanley Matakim, yang berusaha menerbitkan buku berbentuk novel ini.

Kepada para belia, ibu bapa, umat awam, inilah novel rohani Katolik yang pertama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa buku ini bukanlah buku rohani tetapi ia adalah mengenai perjalanan panggilan hidup seorang paderi iaitu Fr Stanley Matakim. Di samping itu, ia banyak menerapkan nilai-nilai moral untuk masyarakat sejagat.

Fr Stanley kini seorang paderi di Katedral St Mary, Sandakan. Dia telah ditahbis sebagai Imam Katolik pada 4 Feb, 2016 oleh Uskup Julius Dusin Gitom.

Novel ini ditulis dalam bahasa Malaysia dialek Sabah, jadi odu-odu, inan-inan, budak-budak pendek kata semua peringkat umur pun senang faham.

Amat mengharukan, penulis dan pencerita dalam novel ini menyerahkan seratus peratus hasil jualan buku ini kepada Tabung Dana Seminarian. Bagaimana mendapatkan buku ini? Sila PM Fr Stan di Facebook beliau, https://www.facebook.com/stan.chiwawa.

Menerusi pelbagai komen novel ini di Facebook Fr Stan, salah seorang pembaca novel ini, Merynah James Kaong mengatakan, “Best buku dia ni. Bahan bacaan yang santai tapi banyak bagi mesej.. Bahasa mudah difahami dengan dialek Sabah” Jadi, apa tunggu lagi. PM Fr Stan sekarang dan bacalah novel yang santai ini ...siok bah...nda manyasal!

Total Comments:0

Name
Email
Comments