Jangan takut kepada Gereja ... di situ ada harta yang memenuhi kehidupan!

Jangan takut kepada Gereja ... di situ ada harta yang memenuhi kehidupan!

Jun 01, 2018

VATIKAN: Mewartakan Khabar Gembira kepada golongan 'orang luar' tidak semestinya memerlukan kita berbuat sesuatu yang luar dari kebiasaan, jelas Sri Paus dalam seruannya untuk menginjil melalui dunia digital'. Terutama sekali kepada muda, ' Pergi ke hujung dunia…itu bersifat relatif dan ‘boleh dikendalikan’.. jelasnya lagi pada 19 Mei lalu.

“Dunia digital - jaringan sosial yang begitu meluas dan mudah didapati di manamana - ia merapatkan jurang, meruntuhkan tembok penghalang dan mengurangkan perbezaan.

Namun jika kita 'tidak murah hati dalam mengongsikan diri kita, walaupun kita mempunyai kenalan beribu orang namun tidak akan berkongsi kesatuan sejati dengan orang lain. Bagi mengongsikan misi untuk pergi ke seluruh dunia, ia memerlukan kita memberikan diri untuk dipanggil seluruhnya kepada Tuhan, yang telah meletakkan kita ke dunia dan memilih kita.

Kata-kata Sri Paus ini diterbitkan dalam pesanan tema 'Bersama dengan golongan muda, mari mewartakan Injil kepada semua' yang diterbitkan awal sebelum Hari Misi Sedunia ke 92, yang akan berlangsung pada 21 oktober.

Sri Paus menerangkan bahawa Sinod Para Uskup tentang orang muda, tentang iman, dan merenungi panggilan juga akan diadakan pada bulan Oktober,yang juga merupakan 'bulan kepada misi-misi'. Synod tersebut akan menjadi satu kesempatan bagi membantu semua umat menjadi rasul-rasul misi yang lebih tekun kepada Yesus dan misi hingga ke hujung dunia.

Dalam pesanannya kepada belia, Sri Paus menyatakan “apa yang mendorong saya untuk bercakap kepada semua orang melalui perbualan ini adalah kerana satu kepastian bahawa iman Kristian itu bersifat sentiasa segar dan muda bila ianya terbuka kepada misi yang dipercayakan oleh Yesus kepada kita.”

Memetik kata-kata Santo Yohannes Paulus II dalam “Redemptoris Missio”, dia berkata “Misi itu menghidupkan iman” dan menegaskan bahawa golongan muda yang mahu mengikuti Kristus perlu “mencari, merungkai dan bertahan” dalam panggilan yang diberikan Tuhan kepada mereka, yang seterusnya membuahkan kegembiraan.

“Kepada para belia, janganlah takut kepada Kristus dan Gereja-Nya! Kerana di situlah kita akan mendapati harta yang memenuhi kehidupan kita dengan kegembiraan,” tambahnya, dan kegembiraan dan semangat boleh menjadi alat berkesan dalam menyebarkan iman.

Dalam menyebarkan iman, yang merupakan “jiwa kepada misi Gereja, ia bertumbuh dengan kehadiran kasih yang menyentuh.” “Kasih”, jelasnya “membuahkan kemurahan dalam amal kepada semua orang yang kurang beriman, tidak mahu ambil tahu tentang iman atau yang menentangnya.”

Paus Fransiskus menerangkan yang dia sedar bahawa dalam menyebarkan iman adalah mencabar dan menambah bahawa dia juga tahu tentang “segala terang dan kegelapan hidup belia”.

Namun dia menggalakkan belia Kristian untuk kuat dan menjadikan unsur kegelapan itu sebagai batu loncatan kepada kasih yang lebih sempurna. Ramai lelaki dan wanita, dan golongan muda yang telah mengorbankan diri mereka sehingga menjadi martir, kerana kasih kepada Injil dan demi pelayanan kepada saudara sesama,” jelasnya.

“Kasih Kristus kepada kita diperlihatkan ketika dia tergantung di kayu salib. Tambahnya, untuk dijiwai oleh kasih Kristus, adalah dengan memberikan diri sepenuhnya kepada kasih tersebut, bertumbuh dalam pengetahuan yang didasari oleh kasih itu dan disemangati oleh kasih yang sama.” — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments