Jauhi sikap eksklusif dalam pelayanan

Jauhi sikap eksklusif dalam pelayanan

Sep 28, 2018

HARI MINGGU BIASA
KE-26 TAHUN B
BILANGAN 11:25-29
YAKOBUS 5:1-6
INJIL MARKUS 9:38-43.45.47-48

Gereja yang didirikan Yesus sebagai persekutuan orangorang yang percaya kepada- Nya sebagai Penyelamat sudah berada selama 20 abad!

Ternyata rintangan, masalah dan cabaran yang dihadapi Yesus kerana ajaran dan sikap-Nya, seperti kita dengar dari Injil Markus hari ini, kini masih berlaku dan relevan.

Di tengah-tengah perubahan luarbiasa yang terjadi dalam masyarakat di dunia kita ini selama 2000 tahun, terdapat juga sesuatu yang tetap sama dan tidak berubah. Ada yang hakiki dan baik, iaitu ajaran dan perbuatan Yesus; ada yang tidak baik, yakni kelemahan, kesombongan, egoisme manusia.

Dalam Injil Markus hari ini diceriterakan, bahawa murid-murid Yesus hairan keberatan bahawa ada orang, yang bukan termasuk golongan mereka sebagai murid atau pengikut Yesus, dapat mengusir syatan “demi nama”-Nya.

Reaksi Yesus dalam hal ini pula sungguh di luar dugaan: “Sesiapa tidak melawan kita, berpihak kepada kita!” (Mrk 9:40) Inilah salah satu pesan Yesus kepada kita melalui Injil Markus hari ini!

Dewasa ini dalam masyarakat kita, jiwa dan semangat Kristian antara sesama seperti diajarkan Yesus menghadapi masalah dasar yang sama seperti dihadapi oleh Yesus sendiri 20 abad lalu. Dengan menggunakan bahasa moden atau kontemporeri, kenyataan ini disebut sebagai suatu sikap eksklusifisme.

Sikap berasa tersendiri, berbeza dari orang lain sebagai kelompok khusus dan sebagainya dapat berakar pada kesamaan darah/keluarga, suku, ras, jabatan, kedudukan, kekayaan dan sebagainya. Sikap itu merupakan suatu formalisme.

Sebenarnya bagi setiap orang yang tulus, jujur, polos dan sederhana, sikap, kata, perbuatan formal semacam itu tidak diterima, tidak dikenal, terasa asing! Orangorang yang tulus dan jujur ini, baik dan secara rasmi kerana dibaptis, mahupun orang Kristian yang anonim, bagaimana pun keadaan dan kedudukannya, akan tetapi sederhana dan tulus hati, dan selalu menghargai sesamanya, siapa pun orang itu.

Murid-murid Yesus yang diceritakan oleh pengarang Markus hari ini adalah orang-orang sederhana juga. Mereka bukan golongan orang terkenal, terpelajar atau berkedudukan penting dalam masyarakat, namun kesederhanaan mereka belum sungguh-sungguh sederhana seperti yang dimaksudkan oleh Yesus. Ternyata mereka juga berasa lebih tinggi dan istimewa daripada orang-orang yang tidak termasuk murid-murid Yesus.

Kita umat Kristian, pengikut Kristus, sekarang ini, sedar atau tidak sedar, ramai yang masih sifatnya seperti murid-murid Yesus dahulu. Di mana sering berasa lebih tinggi daripada orang-orang lain, kurang menghormati kepercayaan dan pegangan agama orang lain.

Tetapi ternyata orang-orang yang beragama lain itu hidup, bersikap dan melaksanakan dan menghayati apa yang diajarkan dan dikehendaki oleh Yesus! Sementara itu ada orang-orang yang rasmi adalah Kristian, tetapi corak hidup dan tingkah lakunya terhadap sesama berlainan dengan dari ajaran Yesus Kristus sendiri.

Yesus dengan tegas berkata: “Sebab tidak seorang pun yang telah mengadakan mukjizat demi nama-Ku, dapat seketika itu juga mengumpat Aku. Sesiapa tidak melawan kita, berpihak kepada kita” (Mrk 9:39).

Di sini jelaslah bahawa segala yang baik selalu dikehendaki oleh Yesus.

Tahu atau tidak tahu tentang Yesus, sesuai dengan agama menurut keputusan hari nurani masingmasing, apabila seseorang itu berbuat baik, itu bererti dia berpihak pada Yesus!

Di sinilah letaknya bahaya sikap eksklusifisme yang disertai oleh formalisme di setiap bidang hidup kita, termasuk sikap hidup kita sebagai orang beragama Kristian.

Tuhan tidak melihat apa yang melalui rasmi atau formal, melainkan yang benar dan baik. Orang yang berbuat baik, itu bererti dia berbuat baik “demi nama Yesus”.

Tetapi meskipun mengakui dan percaya kepada Yesus secara formal, tetapi tidak berbuat sesuai dengan ajaran-Nya, ia tidak hidup dan bertindak “demi nama Yesus”!

Sebaliknya sesiapa sahaja yang hidup dan berbuat apa pun yang benar dan baik, walaupun tidak mengenal Yesus, Yesus mengakui, bahawa dia berbuat “demi nama- Nya.”

Mengenal dan mengakui Yesus secara benar bukan hanya dibaptis secara formal, dan menjadi anggota Gereja, melainkan dengan berbuat secara nyata, konkrit, apa yang dikehendaki Yesus sesuai dengan ajaran-Nya dan melaksanakannya dalam hidup harian kita. — Msgr. F.X. Hadisumarta O.Carm.

Total Comments:0

Name
Email
Comments