Kaki judi tinggalkan tabiat buruk selepas pendalaman iman

Kaki judi tinggalkan tabiat buruk selepas pendalaman iman

Nov 23, 2018

HONG KONG: Ketagihan dalam berjudi bukan hanya merosakkan kehidupan kaki judi itu sendiri, tetapi juga menghancurkan keluarga yang mengakibatkan terus bertambahnya pasangan yang menjadi korban untuk mencari bantuan dari badan-badan Katolik dan pusat-pusat bantuan lain, demikian menurut kaji selidik terbaharu Pusat Kaunseling Karitas yang menangani kes kaki judi di Hong Kong.

Badan itu menerbitkan hasil kaji selidik pada 8 November. bahawa ramai pasangan yang meminta bantuan badan itu sejak ia dibuka pada 2003, di mana ramai isteri kaki judi yang tertekan, sengsara dan hubungan suami isteri berpecah belah. .

Dalam satu sidang akhbar, sepasang suami isteri berbahagi pengalaman mereka menangani akibat ketagihan judi dan bagaimana iman Katolik mereka telah membantu keluarga tetap bersama.

Sang suami, Yin, mengatakan dia biasa berjudi sebesar HK$50,000 selama hampir satu dekad dan pernah menanggung hutang HK$77,000.

Sang isteri, Puan Yin mengatakan akibat sikap buruk suaminya, ia telah memberi beban besar pada keluarga mereka. “Saya merasa tidak berdaya, sering bertengkar. Saya juga harus bekerja kerana hutang semakin meningkat sehingga terpaksa meminjam dari rakan dan keluarga,” ujar Pn. Yin.

Pn. Yin mendorong suaminya untuk mengunjungi pusat kaunseling pada tahun 2014. Dengan bantuan pekerja sosial, dan sokongan umat paroki, Yin berhasil menghentikan ketagihannya dalam masa setahun. Yin berkongsi kisah ini untuk memperingatkan orang lain tentang bahaya perjudian.

Alfred Chan Chi-wah, seorang Kaunselor senior di pusat itu, menggalakkan pasanganpasangan penjudi agar tidak segan datang ke pusat itu demi kesejahteraan emosi dan rumahtangga mereka. — ucanews.com

Total Comments:1

Name
Email
Comments
MOHD NAZRI BIN MAT AIL[email protected]
Nazri