Kardinal Pell dilarang lakukan pelayanan untuk umum

Ikat jamin terhadap Kardinal George Pell telah ditarik balik dalam sidang pra-hukuman di Pengadilan Melbourne.

Mar 08, 2019

MELBOURNE, Australia: Ikat jamin terhadap  Kardinal George Pell telah ditarik balik dalam sidang pra-hukuman di Pengadilan  Melbourne.  Dan, bermula 27 Februari 2019, Kardinal Pell telah ditahan di Penjara Penilaian Melbourne sambil menunggu penetapan hukumannya yang dijangka berlangsung pada 13 Mac 2019.

Kardinal Pell menghadapi hukuman maksimum sepuluh tahun untuk setiap kesalahan dari lima kesalahan yang dilakukannya. Kardinal beru- sia 77 tahun itu dinyatakan bersalah melakukan pengani- ayaan seksual terhadap dua orang kanak-kanak di bawah 16 tahun ketika dia masih Uskup Agung Melbourne tahun 1990-an.

Pada 27 Februari, Direktur sementara Pejabat Akhbar Takhta  Suci, Alessandro Gisotti, mengesahkan bahawa Kardinal Pell bukan lagi Prefek Sekretariat Vatikan untuk Ekonomi. Kardinal itu diangkat menduduki jabatan itu bulan Februari 2014 dan masa jabatannya selama lima tahun berakhir bulan ini.

Teks lengkap pernyataan Takhta Suci berkenaan den- gan Kardinal Pell sebagai adalah seperti berikut: “Takhta Suci setuju dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Konferensi para Uskup  Australia mengenai hukuman bersalah pertama- tama menyangkut Kardinal George Pell.

Ini berita menyakitkan yang, seperti kita ketahui, telah mengejutkan ramai orang, tidak hanya di Australia. Seperti sudah diungkapkan pada kesempatan lain, kami sangat menghormati autoriti perundangan Australia.

Kerana itu, kami menunggu hasil proses banding, dengan mengingati bahawa Kardinal Pell tetap menyatakan tidak bersalah dan memiliki hak untuk membela diri sampai tahap banding yang terakhir.

Sambil menunggu putusan yang definitif, kami meny- atukan diri dengan para uskup Australia dalam doa untuk semua korban penganiayaan, dan menegaskan kembali komitmen kami untuk melakukan segala  yang mungkin agar Gereja boleh menjadi rumah yang aman bagi semua orang, terutama bagi kanak-kanak kecil dan orang yang paling lemah.

Bagi mengamankan jalan- nya peradilan, Bapa Suci telah membenarkan langkah- langkah pencegahan yang dibenarkan oleh Ordinarius setempat kepada Kardinal George Pell ketika dia kem- bali ke Australia.

Iaitu, sambil menunggu penilaian definitif atas fakta- fakta, seperti biasanya, Kardinal George Pell dilarang melakukan pelayanan publik dan melakukan kontak sukarela apa pun dengan kanak-kanak di bawah umur.”—media Vatikan 

Total Comments:0

Name
Email
Comments