Katolik harus libatkan diri dalam pembangunan negara

Kenyataan Uskup Agung Emeritus Anthony Soter Fernandez - calon Kardinal pertama di Malaysia - menjelang keberangkatannya ke Roma

Nov 11, 2016

KUALA LUMPUR: “Seperti yang telah saya lakukan sepanjang menjadi uskup, saya akan terus menyeru umat Katolik Malaysia untuk melibatkan diri dalam membina negara, memupuk nilai-nilai sihat dalam setiap aspek kehidupan sosial dan politik dalam negara kita,” demikian kata Uskup Agung Anthony Soter Fernandez, calon Kardinal pertama Malaysia, menjelang keberangkatannya ke Roma.

Pada 9 Oktober lalu, Sri Paus telah mengumukan pembentukan 17 orang kardinal baru. Antara calon kardinal tersebut ialah Uskup Agung Emeritus Antony Soter Fernandes yang juga merupakan bakal kardinal pertama di Malaysia. Para calon Kardinal akan diangkat menjadi Kardinal pada 19 November oleh Paus Fransiskus di Roma.

Berikut merupakan kenyataan penuh Uskup Agung Emeritus Soter:

Pada hari Ahad, 9 Oktober 2016, Bapa Suci Paus Fransiskus mengumumkan pembentukan 17 orang Kardinal baru yang terpilih dari lima benua.

Dengan rahmat Tuhan, saya merupakan salah seorang daripada yang terpilih oleh Bapa Suci untuk menerima penghormatan ini, di mana bagi saya, ia merupakan pengiktirafan terhadap kerja-kerja misionari yang dilakukan dengan tekun oleh Gereja di Malaysia.

Pada keberangkatan saya ke Roma, saya dengan rendah hati ingin mempersembahkan haluan di mana Roh Kudus telah memimpin saya dan terus memimpin saya dalam panggilan sebagai paderi dan uskup untuk membina kerajaan Tuhan di tengah- tengah komuniti kita.

Pada tahun 1978, ketika saya dilantik sebagai Uskup Pulau Pinang, saya telah memilih moto saya, “Keadilan dan Keamanan” bagi jata Episkopal saya.

Seperti yang telah saya lakukan sepanjang menjadi uskup, saya akan terus menyeru umat Katolik Malaysia untuk melibatkan diri dalam membina negara, memupuk nilai-nilai sihat dalam setiap aspek kehidupan sosial dan politik dalam negara kita.

Saya akan terus menyokong untuk Keadilan dan Keamanan dalam masyarakat pelbagai agama dan pelbagai budaya berbilang kaum. Buah-buah keadilan dan keamanan perlu dinikmati oleh semua, tidak ada yang terkecuali. Tanpa keadilan, tidak akan ada keamanan.

Saya juga akan meneruskan untuk menekankan kepentingan dialog antara agama demi memperkembangkan interaksi yang lebih harmoni di antara komuniti- komuniti dan demi mempromosi kesatuan.

Dan tidak lupa, sebagai rakyat Malaysia yang taat.

Oleh kerana agenda Negara juga adalah agenda Gereja selagi ia berkaitan dengan perbangunan negara dan kesejahteraan semua orang, saya akan terus menjunjung kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi prinsip- prinsip Rukun Negara, yang didedikasi untuk mencapai perpaduan yang lebih besar bagi semua orang di negara ini, mengekalkan cara hidup demokrasi dan mewujudkan masyarakat yang adil dan progresif.

Saya bersumpah setia untuk setia kepada Raja dan Negara, menjunjung perintah undangundang dan menyokong tingkah laku yang baik dan bermoral.

Saya mendedikasikan diri saya dalam memupuk rasa muhibah dan harmoni supaya semua rakyat Malaysia boleh hidup sebagai satu bangsa bersepadu diperkayakan dengan tradisi etnik dan budaya, seperti yang dinyatakan dalam semangat negara kita, "Perpaduan dalam Kemajmukan."

Gembira dengan pengiktirafan Bapa Suci terhadap peranan besar Gereja Katolik di Malaysia, adalah harapan dan doa saya dengan rendah hati, bahawa Gereja Katolik di Malaysia terus memainkan peranan yang bermakna dan relevan dalam negara dan pembinaan masyarakat.--Uskup Agung Emeritus Anthony Soter Fernandez

Total Comments:0

Name
Email
Comments