Kedangkalan kita melemahkan imej Tuhan yang mulia

Baru-baru ini seorang pelajar yang saya ajar beberapa dekad yang lalu telah berkata kepada saya, “Sudah lebih dua puluh tahun sejak saya menghadiri ke

Jun 08, 2018

Baru-baru ini seorang pelajar yang saya ajar beberapa dekad yang lalu telah berkata kepada saya, “Sudah lebih dua puluh tahun sejak saya menghadiri kelas anda dan saya sudah lupa kebanyakan yang anda telah sampaikan. Apa yang paling saya ingat dari kelas anda ialah kami tidak seharusnya menjadikan Tuhan kelihatan bodoh.”

Saya harap itu benar. Saya harap perkara inilah, sesuatu yang diingati oleh para pelajar dari kuliah dan tulisan saya kerana saya percaya bahawa tugas pertama mana-mana apologetika Kristian adalah untuk menyelamatkan Tuhan dari kebodohan, sembarangan, kedangkalan, peraturan semata-mata, dingin, tribalisme, dan segala yang buruk tetapi dikaitkan dengan Tuhan.

Teologi Tuhan yang sihat mesti menjamin semua apologetik dan amalan pastoral kita. Segala yang kita lakukan atas nama Tuhan harus mencerminkan Tuhan.

Bukan kebetulan bahawa ateisme, anti-klerus dan banyak cercaan terhadap gereja dan agama pada hari ini adalah kerana fakta-fakta teruk dari teologi buruk atau amalan gereja yang membina keraguan dan kemarahan mereka.

Ateisme selalu menjadi parasit, memberi gambaran buruk pada sesebuah agama. Begitu juga dengan sikap negatif terhadap gerejagereja yang begitu biasa hari ini. Sikap anti-gereja memberi cerminan agama yang buruk, oleh itu, kita yang percaya kepada Tuhan dan gereja seharusnya meneliti diri kita sendiri daripada membela diri.

Tambahan pula, orang-orang yang terluka adalah lebih ramai dan lebih penting daripada kritikan-kritikan ateis terhadap gereja. Sebilangan besar orang hari ini tidak lagi pergi ke gereja atau mempunyai hubungan yang sangat tegang gereja-gereja mereka kerana apa yang mereka temui di gereja ialah gereja yang tidak bercakap dengan baik tentang Tuhan. Saya mengatakan ini dengan perasaan simpati.

Tidak mudah untuk melayani Tuhan secukupnya, apatah lagi dengan baik. Tetapi kita mesti mencuba dan memastikan sedaya upaya semua amalan sakramental dan pastoral kita mencerminkan teologi Tuhan yang sihat, iaitu, mencerminkan Tuhan yang seperti Yesus yang telah nyatakan dan gambarkan. Apakah yang dinyatakan oleh Yesus tentang Tuhan?

Pertama, Tuhan tidak mempunyai kegemaran dan adil kepada semua kamu, di kalangan orang kaya dan miskin, di kalangan golongan hamba dan bebas, dan di antara lakilaki dan perempuan. Tidak seorang pun, bangsa, jantina, atau bangsa yang lebih disukai oleh Tuhan. Tiada siapa yang pertama. Semua orang adalah istimewa.

Seterusnya, Yesus mengajar bahawa Tuhan sangat berbelas kasihan dan memahami orang yang lemah dan menerima orang berdosa. Yesus menggemparkan masyarakat pada zaman-Nya kerana Dia duduk bersama dengan orang berdosa secara terbuka tanpa meminta mereka untuk bertobat terlebih dahulu.

Dia mengalu-alukan semua orang dengan cara yang sering menyinggung perasaan imam-imam agama pada masa itu dan ada kalanya, perbuatan- Nya amat bertentangan dengan sensitiviti agama pada masa itu, seperti yang kita lihat melalui perbualannya dengan wanita Samaria atau ketika Dia menyembuhkan anak perempuan seorang wanita Syro-Phoenician.

Malah, Dia meminta kita untuk berbelas kasihan dengan cara yang sama dengan-Nya dan segera menjelaskan maksud pertolongan atau belas kasihan itu bahawa Tuhan mengasihi orang berdosa dan orangorang kudus dengan cara yang sama. Tuhan tidak mempunyai kecenderungan untuk menyayangi orang-orang mulia sahaja.

Mengejutkan kepada kita juga adalah hakikat bahawa Yesus tidak pernah membela diri apabila diserang. Lebih-lebih lagi Dia menegur dengan tegas, kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalang orang lain untuk bertemu dengan-Nya, meskipun niat orang yang menghalang itu adalah baik.

Dia menyerahkan dirinya untuk mati daripada membela diri. Dia tidak pernah melawan kebencian dengan kebencian sebaliknya mati akibat mengasihi dan mengampuni mereka yang membunuh Dia.

Yesus juga menjelaskan bahawa tidak semestinya orang-orang yang secara eksplisit menganut Tuhan dan agama yang menjadi pengikutnya yang sebenarnya, sebaliknya, semua orang tanpa mengira iman atau amalan mereka iaitu mereka yang melakukan kehendak Tuhan di bumi.

Dan, paling utama, Yesus sangat jelas dalam pesanan-Nya iaitu membawa khabar gembira kepada yang miskin dana pa sahaja khutbah, pewartaan atau kenyataan tentang- Nya yang tidak membawa khabar gembira kepada yang miskin adalah bukan Injil Yesus.

Kita perlu memegang, memelihara dan menyimpan perkara ini dalam jiwa serta fikiran kita memelihara hal-hal ini dan dalam masa yang sama, mengakui kesahihan dan kepentingan perdebatan yang berterusan di dalam gerejagereja kita tentang siapa dan apa yang menjadikan kerasulan sejati dan apa yang sebenarnya sakramen sejati. Adalah penting untuk bertanya apa yang menjadikan pelayan sakramen yang sejati dan benar. Adalah juga penting juga untuk meneliti siapa yang harus diterima untuk menerima Ekaristi dan penting untuk menetapkan serta meneguhkan norma-norma tertentu untuk disertakan dalam persiapan bagi pembaptisan, Ekaristi, dan perkahwinan.

Persoalan pastoral yang sukar timbul di sekitar isu-isu ini, antara isu-isu lain, dan ini tidak bermakna bahawa persoalan-persoalan sukar ini harus dirungkai dengan cara yang serta-merta dan secara sederhana mencerminkan kehendak sejagat Tuhan untuk menyelamatkan dunia, pemahaman tentang Tuhan yang tak terhingga dan belas kasihan.

Diakui, kadang-kadang manfaat jangka panjang untuk menjalani kebenaran yang tegas boleh menolak keperluan jangka pendek untuk kelegaan serta memulihkan rasa sakit hati dengan cepat. Namun begitu, teologi Tuhan yang mencerminkan belas kasihan dan kemurahan hati Tuhan harus selalu digambarkan dalam setiap keputusan pastoral yang kita buat. Jika tidak, kita membuat Tuhan kelihatan bodoh, tidak serius, bersifat ketuanan, kejam dan bertentangan dengan amalan gereja.

Marilynne Robinson mengatakan agama Kristian adalah naratif yang terlalu hebat dan agung untuk dikalahkan oleh mana-mana kisah yang kurang penting dan seharusnya ia tidak direndahkan oleh sifat kedangkalan, taat kepada hukum sahaja, dan kurang belas kasihan. — Hakcipta Terpelihara 1999-2018 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments