Keluarga sebagai persekitaran yang membolehkan anak-anak mengalami kehadiran Tuhan

Keluarga sebagai persekitaran yang membolehkan anak-anak mengalami kehadiran Tuhan

May 25, 2018

MELAKA: Seramai 80 peserta dari pelbagai paroki telah mengikuti Seminar Keluarga yang bertema “Komunikasi dan Perhubungan dalam Institusi Keluarga” yang dianjurkan oleh Pelayanan Kaunseling dengan kerjasama Bahasa Malaysia Apostolate Vikariat Melaka pada 16 April 2018 bertempat di Gereja Our Lady of Guadalupe Krubong.

Apa yang menarik tentang seminar ini ialah ia disampaikan oleh seorang penceramah yang mempunyai pakar dalam terapi keluarga merangkap Kaunselor. Beliau merupakan seorang Brother La Salle dan banyak mengendalikan seminar dan bengkel di Singaura, Malaysia, Thailand dan Filipina iaitu Bro Collin Wee dari Singapura.

Bro Collin Wee menjelaskan apa yang berlaku dikalangan anggota keluarga dan apakah masalah-masalah yang timbul dalam setiap keluarga dengan risiko perceraian dan perpisahan dalam perkahwinan serta tingkah laku anak anak yang mencabar apabila mereka meningkat remaja.

Bro Wee menjelaskan cara-cara mendidik serta bagaimana para peserta boleh memperkayakan diri dengan nilai-nilai baik yang kerap diamalkan dalam keluarga. Keluarga perlu memiliki ikatan yang teguh, sihat, intim dan mempunyai emosi yang baik dalam membina keluarga yang baik.

Setiap ceramah yang disampaikan oleh Bro Collin begitu menarik perhatian dan gelak ketawa yang mencuit hati peserta. Diadakan juga sesi Soal Jawab dan perkongsiaan daripada para peserta.

Pada akhir sesi, Bro Collin mengesyorkan agar setiap keluarga mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memaafkan. Beliau juga menekankan bahawa keluarga seharusnya menjadi tempat atau persekitaran yang baik bagi anak-anak merasai kehadiran Tuhan. Antara yang turut hadir dalam seminar ini adalah Sr. Maria Magdalena, Sr. Jaslia Ramut dan Pengerusi BMA Melaka En. Damian Loo. Para peserta meminta agar program seperti ini diteruskn lagi di masa akan datang. — SylvesterOsol

Total Comments:0

Name
Email
Comments