Kembara mision bawa kebangunan rohani pada pelajar

Sekumpulan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM Johor) telah menganjurkan perjalanan mision ke paroki Bunan-Tebedu pada 3- 12 Ogos lalu.

Sep 07, 2018

SERIAN: Sekumpulan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM Johor) telah menganjurkan perjalanan mision ke paroki Bunan-Tebedu pada 3- 12 Ogos lalu.

Lima orang mahasiswa tersebut merupakan anggota Persatuan G.I.F.T UTM Johor dan seorang lagi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Turut menyertai mereka ialah pekerja pastoral dari pejabat Komisi Belia Kuching. Segala aktiviti mision dan perjalanan pula diketuai dan diatur oleh Father Galvin Ngumbang dari Komisi untuk Misi dan Pembangunan Insan Kuching.

Rombongan pelajar ini terlebih dahulu mempersiap objektif dan pelan untuk perjalanan mision ini di Pusat Memorial Leopold (LMC).

Selama empat hari di LMC, para pelajar ini berpeluang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang Kitab Suci melalui refleksi dan perkongsian Alkitab selain diberikan tugas untuk merancang pelan misi semasa berada di kampung dan mengikuti paderi paroki merayakan Misa di pelbagai kampung.

Pada hari ke lima, perjalanan mision yang dinanti-nantikan telah tiba. Para pelajar diutus ke Kampung Saan di mana mereka dibahagikan kepada dua keluarga angkat.

Di kampung Saan, para pelajar menjalani kehidupan harian dengan keluarga angkat masing-masing. Penaung Pelayanan Kampus, Fr Larry Tan turut berkunjung ke kampung itu untuk mengadakan Saat Teduh.

Tinggal bersama keluarga angkat dan menjalankan aktiviti bersama mereka merupakan pengalaman baharu bagi para pelajar. Mereka menyertai keluarga angkat mereka membersihkan kebun dan sawah padi, mengetahui pergelutan komuniti kampung yang bergelut mencari pekerjaan serta kemudahan asas di kampung yang begitu kurang berbanding kehidupan di bandar.

Pada malam terakhir, para pelajar merayakan Saat Teduh yang dipimpin oleh Fr Benard dari Paroki St Stephen Bau. Selepas Saat Teduh, mereka mengadakan majlis makan bersama dengan penduduk kampung dan beberapa paderi iaitu Fr Selvan dan Fr Benard.

Salah seorang pelajar, Jessica Henisi dari UTM, Johor mengatakan, “Pengalaman berharga semasa berada di kampung membuka mata saya bertapa susahnya untuk mencari rezeki, berhempas pulas menggunakan tenaga fizikal untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup. Di sini saya sedar betapa pentingnya hidup bermasyarakat, saling bertegur sapa serta mengurangkan penggunaan gajet yang menjadi hambatan keakraban dalam keluarga dan persahabatan dalam dunia yang sera canggih ini.

Slyvia dari Ipoh pula mengatakan pengalaman terbaiknya dalam perjalanan mision ini ialah bertemu dengan orangorang Bunan yang sederhana tetapi sangat taat kepada Tuhan.

“Saya juga amat kagum dengan keindahan alam semula jadi, menghargai rakan dan keluarga juga perlunya untuk menjadi jujur, dan berbangga serta bersyukur dengan apa yang kita ada. Perjalanan mision ini juga membantu saya mengalami cinta kasih Tuhan melalui komuniti

Total Comments:0

Name
Email
Comments