Kemiskinan, kemurnian dan ketaatan dalam dunia sekular

Kardinal Francis George pernah ditanya tentang pendapatnya mengenai orangorang pasifisme (menentang sebarang bentuk keganasan) radikal seperti Dorothy Day dan Daniel Berrigan.

May 18, 2018

Kardinal Francis George pernah ditanya tentang pendapatnya mengenai orangorang pasifisme (menentang sebarang bentuk keganasan) radikal seperti Dorothy Day dan Daniel Berrigan. Beliau ditanya dengan soalan: bagaimana mungkin ini boleh terjadi. Bukankah mempercayai perkara bahawa kita boleh hidup tanpa polis dan tanpa tentera adalah sangat kebudak budakan?

Inilah jawapannya: Dunia memerlukan tokoh-tokoh pasifis sama seperti kita orang-orang selibat yang melafazkan kaul: Mereka tidak kelihatan praktikal. Mereka tiada tempat di dunia ini.

Tetapi mereka menunjukkan sesuatu dengan ilmu akhir riwayat dunia (eskatologi), dunia syurga, sebuah dunia yang tidak akan ada senjata api, di mana tidak ada sesiapa yang digolongkan sebagai eksklusif atau bukan seperti yang terjadi di dunia sekarang ini, mereka menunjukkan sebuah dunia di mana keluarga yang bukan berdasarkan biologi, darah, atau perkahwinan, di mana ada tidak akan menjadi orang miskin, dan di mana segala-galanya akan dimiliki oleh semua orang.

Saya teringat kembali jawaban Kardinal itu semasa saya sedang mengendalikan sebuah bengkel mengenai kehidupan religius bagi sekumpulan kaum muda yang sedang menilai sama ada mereka mahu menyertai kehidupan religius berkaul atau tidak. Tugas saya bukan untuk cuba memujuk mereka agar menyertai komuniti religius sebaliknya membantu mereka memahami apa erti kehidupan yang mereka mahu atau tidak sertai itu. Bengkel ini, sudah tentu, termasuk perbincangan panjang tentang tiga kaul yang biasanya dilafazkan oleh mereka yang mahu menyertai hidup religius iaitu kemiskinan, kesucian dan ketaatan (dahulunya dikenali sebagai "Polisi Evengalikal").

Apa yang harus dijelaskan tentang kemiskinan, kesucian, dan ketaatan sedangkan dalam di dunia ini, yang kebanyakannya, meletakkan harapan mereka dalam kekayaan material, secara amnya menolak kesucian kerana mengaitkannya dengan kedinginan, dan lebih suka untuk hidup bebas?

Tidak syak lagi, kemiskinan, kesucian, dan ketaatan dilihat sebagai radikal yang bersifat kebudayaan; tetapi kebanyakannya kerana mereka pada umumnya tidak difahami dengan baik (kadang kala oleh mereka yang hidup mereka). Bagi sebahagian besar, mereka dilihat sebagai penolakan yang drastik, pengorbanan hidup yang penuh, penolakan yang tidak wajar terhadap seksualiti seseorang, dan remaja menandatangani kebebasan dan kreativiti seseorang.

Tetapi di sinilah kita telah salah faham.

Kemiskinan, kesucian, dan ketaatan tidak akan menghilangkan atau kehilangan kekayaan, seksualiti, dan kebebasan. Sebaliknya, ketiga-tiga ini amat sejati, asli, kaya, malah ketiga-tiganya adalah sumber kekayaan, seksualiti, dan kebebasan.

Kaul kemiskinan bukanlah bermakna menjalani kehidupan dengan benda-benda murah, tidak mempunyai mesin pencuci piring dan melakukan kerja rumah sendiri. Ia juga bukan tentang meninggalkan jenis-jenis kekayaan yang boleh membantu kehidupan berjalan lancar.

Hidup rela dalam kemiskinan adalah cara hidup yang mengatakan bahawa semua harta benda adalah hadiah, bahawa dunia adalah milik semua orang, bahawa tiada siapa yang memiliki negara, dan tidak ada keperluan orang pertama. Kaul kemiskinan adalah sumpah menolak konsumerisme dan tribalisme, dan ia membawa banyak bentuk kekayaan dari segi makna khususnya tentang kebahagiaan dan kegembiraan hidup bersama.

Begitu juga dengan kaul kesucian: Ia harus difahami dengan betul, ia bukanlah tentang kehilangan kenikmatan seksualiti.

Ia adalah modaliti seksual yang kaya, yang berpandangan bahawa makna seksual bukan sekadar bersetubuh. Seksualiti adalah panduan indah yang diberikan Tuhan kepada kita untuk banyak perkara: komuniti, persahabatan, kebersamaan, keutuhan, keluarga, bermain, altruisme, keseronokan, kegembiraan, kreativiti, kesempurnaan alat kelamin, dan segala yang membawa kita melangkaui kegelisahan dan membuat kita lebih generatif.

Dan kegembiraan sejati yang dialami dalam komuniti, persahabatan, dan pelayanan sesame bkanlah pengganti kedua untuk seks. Ia membawa kegembiraan seksual yang tersendiri dan membawa kita keluar dari rasa kesunyian kita.

Ini juga sama dalam hal kaul ketaatan.

Maksud sebenar kaul ketaatan ialah bukanlah kekangan untuk bebas. Sebaliknya ia adalah modal yang kaya kebebasan sendiri, yang dipraktikkan oleh Yesus (yang berulang kali berkata: "Aku tidak melakukan apa-apa dengan kehendak sendiri, Aku hanya melakukan kehendak Bapa) Kaul ketaatan bukanlah tentang pengorbanan yang tidak matang dan keanakanakan. Ini adalah penyataan radikal yang menyerahkan ego manusia (dengan semua luka, keinginan, nafsu, cita-cita peribadi dan iri hati) kepada sesuatu dan Seseorang yang lebih tinggi daripada diri sendiri, seperti yang dilihat dalam komitmen manusia dan religius dalam diri daripada Yesus, kepada Teilhard de Chardin , kepada Dag Hammarskjold, kepada Simone Weil, kepada Ibu Teresa, kepada Jean Vanier, kepada Daniel Berrigan. Dalam setiap orangorang yang disebutkan tadi, kita melihat kegembiraan mereka menjalani hidup di dunia ini dengan bebas yang hanya mampu kita cemburui. Mereka juga dalam masa yang sama bebas melakukan sesuatu yang lebih mulia.

Fikiran dan perasaan kita sangat dipengaruhi oleh perisian kebudayaan dalam dunia masa kini. Oleh itu, pandangan budaya kita tentang kekayaan, seks dan kebebasan pada hari ini, menyukarkan kita juga perkara paling sukar sejak berabad abad lalu untuk komited pada kaul kemiskinan, kesucian, dan ketaatan apatah lagi menjalani kehidupan dengan tiga kaul tersebut. Komuniti-komuniti keagamaan kecil yang hebat bukanlah dibanjiri dengan aplikasi. Tetapi kerana ia lebih sukar dari sebelumnya, ia juga lebih penting dari sebelumnya bahawa beberapa wanita dan lelaki memilih, secara sukarela, untuk hidup berani dengan kaul-kaul ini.

Dan pengorbanan mereka akan diberi ganjaran hebat kerana paradoksnya, kemiskinan membawa kekayaannya yang tersendiri, kemurnian atau kesucian membawa kelimpahan dan ketaatan menawarkan kita kebebasan manusia yang tidak ada batasnya.--Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments