Kemurahan hati umat bantu pembangunan tadika mision Kinuta

Malam Makan Amal Tadika Sinar Kasih telah berjaya menjual lebih 60 meja. Tadika Sri Sinar Kasih merupakan tadika swasta di bawah naungan Gereja Katolik St Patrick Kinuta.

Nov 14, 2019

KINUTA: Malam Makan Amal Tadika Sinar Kasih telah berjaya menjual lebih 60 meja. Tadika Sri Sinar Kasih merupakan tadika swasta di bawah naungan Gereja Katolik St Patrick Kinuta. St Patrick Kinuta merupakan antara mision terawal di Borneo yang menerima Khabar Gembira Tuhan.

Didirikan pada tahun 2015, Tadika Sri Sinar Kasih yang dahulunya hanya mempunyai seorang guru dan beberapa orang murid, setelah empat tahun telah berkembang dengan tiga orang guru, seorang guru pembantu dan 35 orang murid berusia lingkungan  empat hingga enam tahun.

Pada 27 Oktober lalu, BOG Tadika Sinar Kasih  telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal di Dewan Putera, Bukit Padang untuk menampung pembangunan fizikal tadika dan lain-lain kegunaan tadika itu.

En.Darren Appollonius, Pengerusi BOG mengatakan beliau amat terharu dengan sambutan umat, bukan sahaja di kalangan umat Kristian malah di kalangan bukan Kristian, yang memberi sokongan terhadap makan amal itu.

Turut hadir pada malam itu ialah Father Thomas Yip, Paderi Paroki Limbahau dan Papar serta Father Ned Columba. 

Majlis Makan Malam itu turut dihiasi dengan tiga persembahan menarik dan comel oleh para pelajar Tadika Sri Sinar Kasih. Syabas kepada penganjur mengambil langkah berani mengadakan majlis besar tersebut demi membangunkan tadika yang bermatlamat memberikan pendidikan seiring dengan perkembangan iman.

Total Comments:0

Name
Email
Comments