Kenali Santo Anda: Santo Fransis Xavier

Misionari besar ini dilahirkan di Kastil Xaverius, Sepanyol pada tahun 1506. Beliau belajar di Universiti Paris ketika umurnya 18 tahun.

Dec 01, 2019

Santo Fransis Xavier
~ 3 Disember ~

Misionari besar ini dilahirkan di Kastil Xaverius, Sepanyol pada tahun 1506. Beliau belajar di Universiti Paris ketika umurnya 18 tahun. Di sanalah beliau bertemu dengan St. Ignatius Loyola, yang pada waktu itu akan membentuk Serikat Yesus.

St. Ignatius berusaha mengajak Fransis untuk bergabung. Pada mulanya, pemuda yang suka bersenang-senang ini tidak pernah memikirkannya. Kemudian, St. Ignatius mengulangi katakata Yesus dalam Kitab Suci kepadanya: “Apa gunanya seorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya?” Akhirnya, Fransis memahami dengan jelas bahawa panggilan hidupnya adalah bersama dengan para Yesuit.

Ketika berusia 34 tahun, St. Ignatius mengutus Fransis sebagai misionari ke Hindia Belanda. Sepanjang karyanya, Fransis telah menyebarkan Khabar Gembira di Goa, India, Indonesia, Jepun serta pulau-pulau lain di timur. Santo itu telah membaptis ramai orang dan mengajar ramai kanakkanak tentang iman Katolik.

Sepanjang perjalanan dan kerja keras yang melelahkan, St. Fransis senantiasa dipenuhi oleh sukacita yang datang dari Tuhan. Beliau mendambakan untuk dapat pergi ke China, ke daerah di mana tidak seorang asing pun diizinkan masuk. Persiapanpersiapan telah dilakukan, tetapi misionari besar itu jatuh sakit.

Santo itu meninggal dunia pada tahun 1552 di sebuah pulau di pesisir China. Usianya baru 46 tahun. Fransis Xavier dinyatakan kudus oleh Sri Paus Gregorius XV pada tahun 1622. Beliau dikanonisasi bersama para kudus yang hebat iaitu Ignatius dari Loyola, Theresia dari Avila, Filipus Neri dan Isidorus si Petani.

Total Comments:0

Name
Email
Comments