Kenali Santo Anda : SP Maria dipersembahkan kepada Tuhan

Ketika usianya baru tiga tahun, Santa Perawan Maria dibawa oleh ibu bapanya iaitu St. Yoakim dan St. Anna, ke Bait Tuhan di Yerusalem.

Nov 14, 2019

SP Maria dipersembahkan kepada Tuhan
~ 21 Nov ~

Ketika usianya baru tiga tahun, Santa Perawan Maria dibawa oleh ibu bapanya iaitu St. Yoakim dan St. Anna, ke Bait Tuhan di Yerusalem.

Seluruh hidup Maria dipersembahkan kepada Tuhan. Tuhan telah memilih Maria untuk menjadi Bonda kepada Putera-Nya, Yesus. Santa Maria gembira dapat mulai melayani Tuhan di Bait Suci. Dan St. Yoakim serta St. Anna juga merasa bahagia dapat mempersembahkan puteri keci mereka yang kudus kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa Tuhan telah mengirimkan Maria kepada mereka.

Di Bait Tuhan, Imam Besar menerima kanak-kanak Maria. Maria ditempatkan di antara para gadis yang dipersembahkan bagi kepentingan doa dan pelayanan Bait Suci.

Imam Besar mencium serta memberkati kanak-kanak suci itu, dia tahu bahawa Tuhan telah merancang suatu hal besar baginya. Kanak-kanak Maria tidak menangis atau pun merengek dan kembali kepada orang tuanya. Dia datang dengan amat girangnya ke altar sehingga semua orang yang ada di Bait Tuhan jatuh hati kepadanya.

St. Yoakim dan St. Anna pulang kembali ke rumah mereka. Mereka memuliakan Tuhan kerana puteri mereka terberkati. Maria tetap tinggal di Bait Tuhan, di mana dia tumbuh dewasa dalam kekudu san. Maria menghabiskan hariharinya dengan membaca Kitab Suci, berdoa serta melayani para imam di Bait Suci. Dia menenun kain halus serta menjahitnya menjadi baju-baju yang indah. Maria dikasihi oleh para gadis yang lain sebab dia amat lembut hati.

Maria berusaha untuk melakukan semua kewajibannya dengan sebaik-baiknya agar dapat menyenangkan hati Tuhan. Maria bertumbuh dalam rahmat Tuhan sehingga semakin nyatalah kemuliaan Tuhan.

"Santa Perawan Maria sudah tentu melakukan kehendak Bapa, dan baginya jauh lebih bererti menjadi seorang pengikut Kristus daripada menjadi Bonda-Nya, dan dia lebih diberkati sebagai pengikut-Nya daripada sebagai Bonda-Nya. Baginya suatu kebahagiaan untuk mengandung dalam rahimnya seorang Putera yang akan ditaatinya sebagai Tuhannya." ~ St. Agustinus

Total Comments:0

Name
Email
Comments