Kenali Santo Anda Sto Andreas ~ 30 November ~

Sto Andreas ~ 30 November ~

Nov 23, 2018

Sto Andreas
~ 30 November ~
Andreas, sama seperti saudaranya, Simon Petrus, adalah seorang nelayan.

Dia menjadi murid Sto. Yohanes Pembaptis. Tetapi, ketika Yohanes menunjuk kepada Yesus dan berkata, “Lihatlah Anak Domba Tuhan,” Andreas mengerti bahawa Yesus lebih besar daripada Yohanes.

Pada saat itu juga ia meninggalkan Yohanes untuk mengikuti Tuhan Ilahi. Yesus tahu bahawa Andreas mengikuti-Nya dari belakang. Yesus berbalik dan bertanya, “Apakah yang kamu cari?”

Andreas menjawab bahawa dia ingin tahu di manakah Yesus tinggal. Yesus menjawab, “Marilah dan kamu akan melihatnya.”

Tidak lama Andreas tinggal bersama Yesus, ketika dia menyedari bahawa Yesus adalah sungguh-sungguh Mesias. Sejak saat itu, dia memutuskan untuk mengikuti Yesus. Andreas menjadi murid Yesus yang pertama.

Kemudian, Andreas membawa saudaranya Simon (St. Petrus) kepada Yesus. Yesus menerima Simon juga sebagai murid-Nya.

Pada awalnya, kedua-dua bersaudara itu tetap menjalankan pekerjaan mereka sehari-hari sebagai nelayan dan mengurus keluarga mereka.

Kemudian Yesus meminta mereka untuk tinggal bersama- Nya sepanjang waktu. Dia berjanji akan menjadikan mereka penjala manusia, pada waktu itulah mereka meninggalkan jala mereka.

Menurut tradisi, dikatakan bahawa sesudah Yesus naik ke syurga, St. Andreas mewartakan Injil ke Yunani. Dia dijatuhi hukuman mati dengan disalibkan, tubuhnya diikatkan pada salib, bukan dipakukan. Andreas bertahan dua hari lamanya dalam penderitaan itu.

Total Comments:0

Name
Email
Comments