Kenali Santo Anda : Sto. Romanus dan Sto. Lupicinus

Kedua-dua santo Perancis ini adalah adik beradik yang hidup pada abad kelima. Sebagai seorang pemuda, Romanus dikagumi semua orang oleh kerana kebaikan hatinya.

Feb 26, 2016

Sto. Romanus
dan Sto.
Lupicinus
~ 28 Feb ~

Kedua-dua santo Perancis ini adalah adik beradik yang hidup pada abad kelima. Sebagai seorang pemuda, Romanus dikagumi semua orang oleh kerana kebaikan hatinya.

Dia memiliki hasrat yang kuat untuk menjadi seorang kudus. Melihat manusia mudah melupakan Tuhan, maka Romanus memutuskan untuk hidup sebagai seorang pertapa.

Sebelum itu, dia terlebih dahulu meminta nasihat daripada seorang rahib yang kudus. Kemudian, dia membawa sebuah buku bersamanya, iaitu Hidup Para Bapa dari Padang Gurun tulisan Cassian, serta benihbenih tanaman dan beberapa peralatan.

Dengan kelengkapan tersebut, Romanus masuk ke dalam hutan di pergunungan Jura antara Swiss dan Perancis dan tinggal di bawah sebuah pohon yang amat besar.

Tidak lama kemudian, adiknya — Lupicinus — bergabung dengannya. Romanus dan Lupicinus amat berbeza keperibadiannya. Romanus tegas terhadap dirinya sendiri tetapi lemah lembut terhadap orang lain. Lupicinus tegas dan sedikit kasar terhadap dirinya, dan adakalanya dengan orang lain. Namun demikian, maksudnya baik dan mereka saling mengerti satu sama lain dan hidup rukun bersama.

Ramai orang datang untuk bergabung dengan mereka. Orang-orang itu pun juga ingin menjadi rahib, maka mereka mendirikan dua buah biara.

Romanus menjadi pemimpin di biara yang satu dan Lupicinus menjadi pemimpin di biara yang lain. Para rahib itu hidup sederhana, banyak berdoa dan mempersembahkan korbankorban mereka dengan sukacita. Mereka melakukan silih untuk mempererat panggilan hidup mereka. Mereka bekerja keras bercucuk tanam serta memelihara kebun mereka dan senantiasa hening sepanjang waktu.

Mereka memilih untuk hidup demikian oleh sebab perhatian utama mereka adalah mendekatkan diri kepada Tuhan. Cara hidup mereka membantu mereka untuk mencapai tujuan rohani mereka. St. Romanus wafat pada tahun 460. Adiknya, St. Lupicinus, wafat pada tahun 480.

St. Romanus dan St. Lupicinus kedua-duanya adalah kudus, meskipun mereka memiliki keperibadian yang berbeza.

Total Comments:0

Name
Email
Comments