Kenali Santo St Leo Agung

St. Leo, seorang Romawi, hidup pada abad kelima

Nov 08, 2016

   St Leo Agung
--10 November --

St. Leo, seorang Romawi, hidup pada abad kelima. Setelah wafatnya Paus Sixtus, beliau diangkat menjadi Paus.

Pada masa itu, Gereja menghadapi masa sukar kerana terdapatnya pasukan barbar yang menyerang umat Kristiani. Selain itu, terdapat juga beberapa kumpulan dalam Gereja sendiri yang menyebarluaskan ajaran sesat.

Paus Leo menghadapi semua ini dengan tenang. Dia sentiasa memohon bantuan doa daripada Paus pertama, Sto Petrus.

Bagi menghentikan pengajaran iman yang sesat, St. Leo menjelaskan ajaran iman yang benar melalui penulisannya. Beliau juga mengadakan Konsili untuk memperdalamkan ajaran agama Katolik. Malah prelatus itu sentiasa mengajak umat untuk berdoa bagi mereka yang masih belum bertaubat agar segera kembali ke pangkuan Gereja.

Pada suatu ketika, pasukan barbar yang amat besar, disebut bangsa Hun, datang untuk menyerang kota Roma. Pasukan ini telah membakar kebanyakan bandar.

Bagi menyelamatkan Roma, St. Leo pergi menemui pemimpin mereka yang garang, Attila. Satu-satunya senjata yang ada pada Paus Leo ialah kepercayaan penuhnya kepada Tuhan.

Ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu, sesuatu yang menakjubkan terjadi. Attila, pemimpin kafir yang kejam menunjukkan rasa hormat kepada Paus Leo lalu mengikat perjanjian damai dengannya. Attila mengatakan bahawa semasa pertemuan itu, dia melihat doa figura berdiri di samping Paus Leo semasa dia berbicara.

Umat yakin bahawa keduadua figura itu adalah Sto Petrus dan Paulus. Paus Leo menjadi Paus selama 21 tahun dan meninggal dunia pada Nov 10, 461.

Total Comments:0

Name
Email
Comments