Keuskupan Keningau akhiri Tahun Jubli Belas Kasihan 14 November

Komiti Adhoc Persiapan Persiapan Penutupan Tahun Suci Berbelas Kasih dan Ke Arah Jubli Perak Keuskupan Keningau telah mengadakan pertemuan pada 25 Oktober lalu di bilik mesyuarat Katedral St Francis Xavier.

Nov 08, 2016

KENINGAU: Komiti Adhoc Persiapan Persiapan Penutupan Tahun Suci Berbelas Kasih dan Ke Arah Jubli Perak Keuskupan Keningau telah mengadakan pertemuan pada 25 Oktober lalu di bilik mesyuarat Katedral St Francis Xavier.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Msgr Gilbertus Engan dan ahli-ahlinya terdiri daripada Fr Dr Charles Chiew, Fr Rudolf Joannes, Fr Giovanni, Sr Liliana FSIC, Sdri Stella Kinsik (Pengerusi MPP KSFX), Sdri Roselinah Francis, Sdra Roney Eming, Sdra Fredoline Umis dan Sdra John Lainsin.

Agenda utama mesyuarat ini ialah memperhalusi program sempena upacara penutupan Tahun Belas Kasihan yang akan diadakan di Gereja St Patrick Membakut pada 14 November 2016 bersamaan hari Isnin, jam 5.00 petang.

Pada 13 Mac 2015, Sri Paus Fransiskus telah mengumumkan Tahun Luar Biasa Belas Kasihan. Secara tradisi, setiap 25 tahun Sri Paus akan mewartakan tahun suci yang menekankan keunikan sesebuah perayaan dan ziarah, juga sebagai panggilan mendesak untuk pertaubatan dan transformasi iman, serta peluang istimewa untuk mengalami berkat Tuhan khususnya melalui sakramen-sakramen khususnya sakramen pengakuan.

Tahun Jubli Belas Kasihan bermula pada 8 Disember 2015, sempena perayaan Perawan Maria dikandung Tanpa Noda dan berakhir pada 20 November 2016, pada Hari Raya Besar Kristus Raja.

Sepanjang Tahun Belas Kasihan, Keuskupan Keningau telah mengadakan pelbagai program dalam bentuk seminar, bengkel, kem dan penjangkauan berterusan ke kawasan-kawasan pedalaman. Antara kemuncak perayaan bersempena Tahun Belas Kasihan ialah Seminar Kerahiman Ilahi peringkat Keuskupan Keningau pada 27-28 Februari, pembukaan Pusat Ziarah Keluarga Kudus di Nulu Sosopon yang dirasmikan oleh Duta Vatikan ke Malaysia, Uskup Agung Marino pada 4 Jun 2016, ulang tahun Keuskupan Keningau ke-23 yang dirayakan di setiap Paroki dan persiapan jubli Perak ulang tahun Keuskupan Keningau pada tahun 2018.

Sempena Penutupan Tahun Belas Kasihan pada 14 November ini, turut diadakan upacara penyerahan booklet program tema Keuskupan Keningau bagi tahun 2017 dan pelancaran logo tema Keuskupan 2017 iaitu Keluarga--Warga Emas

Total Comments:0

Name
Email
Comments