Kita tidak dipanggil untuk membawa khabar bohong

Ketua Konferensi Para UskupFilipina (KWF) telah menjadi korban"berita bohong," kata Father MarvinMejia, setiausaha agung KWF.

Apr 19, 2018

MANILA: Ketua Konferensi Para UskupFilipina (KWF) telah menjadi korban"berita bohong," kata Father MarvinMejia, setiausaha agung KWF.

Sebuah posting online yang tersebarluas di media sosial beberapa minggulalu memetik pernyataan Uskup AgungDavao Msgr Romulo Valles yangmengingatkan para imam dan biarawati"agar tidak berinteraksi dengan politik."

"Jangan biarkan diri kita terlibat dengansebuah kumpulan atau individu tertentu,kita hendaknya lebih dapat melihatpelbagai persoalan benar," demikianbunyi pernyataan prelatus itu.

Menurut Fr Mejia, pernyataan yangtersebar luas di Facebook dan laman webmedia sosial lainnya itu tidak benar.

Uskup Agung Valles menafikan telahmembuat pernyataan demikian,katanya.

“Posting itu tidak benar,” kata FrMejia, seraya menambah bahawa pernyataanterakhir yang disampaikan olehUskup Agung Valles adalah tentang Pra-Paskah dan Paskah.

Berita bohong itu mengingatkanbahawa sejumlah imam dan biarawatiyang telah menunjukkan sokongan“sepihak” bahawa perbuatan sedemikianakan memecahbelah bangsa kita, bukanmenyatukannya.

Sebelumnya, Kardinal Luis AntonioTagle dari Manila menyesali akan tersebarnyaberita bohong. Prelatus itumenggambarkan berita bohong sebagai“strategi manipulatif" demi kepentinganpolitik. Manipulasi berkembang dalamkonteks tidak ada penghormatan,”kata prelatus itu semasa Misa Krismayang diadakan di Katedral Manila padaperayaan Khamis Putih lalu.

“Oleh itu, berita bohong berkembangbiak … secara sengaja menipu orang,"katanya, seraya menambah bahawa alatkomunikasi moden berubah menjadistrategi untuk memanipulasi orang.“Mari kita hentikan berita bohong,"kata Kardinal Tagle. "Kita tidak dipanggildan dikuduskan untuk membawaberita bohong, hanya Khabar Gembirakhususnya melalui hidup kita seutuhnya,”lanjutnya.

Dalam Rekoleksi Paskah yangdiadakan pada 8 April, Kardinal Taglemenyeru media untuk memberitakan halhalbaik. Beliau mengatakan evangelisasimenyeru umat beriman untuk mengkomunikasikankebenaran tentang cintakasih Tuhan.

Menurut prelatus itu, mewartakan Injilmenuntut “perhatian” akan keadaanmanusia khususnya orang miskin danorang yang menderita.

Beliau juga menekankan pentingnyaintegriti di kalangan para pewartaKhabar Gembira. Dikatakan, KhabarGembira diwartakan tidak hanya melaluikata-kata tetapi melalui perbuatan.

“Itulah alasannya mengapa ramaiorang tidak mendengar Khabar Gembirakerana mereka tidak melihatnya dariorang yang mewartakannya,” kataKardinal Tagle.--Ucanews.com (dgnizin)

Total Comments:0

Name
Email
Comments