Klerus fahami faktor psikologi dan persepsi SSA

Klerus fahami faktor psikologi dan persepsi SSA

Aug 31, 2018

KOTA KINABALU: Sebagai susulan mesyuarat agung Komisi Keluarga, Kaum Awam dan Hidup Serantau Konferensi para Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei di Bukit Mertajam, Bryan Crucis Shen, atas jemputan Uskup Agung John Wong, telah mengendalikan sesi tentang “Memahami Tarikan Seksual Sejenis (Understanding Same-Sex Attraction /SSA): pandangan psikologi perkembangan dari pengalaman klinikal".

Sesi tersebut diadakan di Vianney Home pada Julai 2018. Empat puluh peserta terdiri daripada uskup, imam dan diakon dari Kota Kinabalu, Keningau dan Sandakan menghadiri taklimat yang mengandungi lima sesi tersebut.

Shen memegang Ijazah Sarjana dalam Sains Sosial (Kaunseling) dari University of South Australia. Beliau adalah seorang Kaunselor Berdaftar serta Penyelia Klinikal yang diiktiraf oleh Persatuan Singapura untuk Kaunseling (SAC).

Sejak 1997, beliau mengendalikan program kaunseling di Thailand, Singapura, Malaysia dan Filipina. Menurutnya, taklimat tersebut “bertujuan untuk mengetepikan ketakutan, salah anggap dan prejudis, dan melahirkan sikap dan tindak balas yang sesuai.”

Untuk membantu para klerus lebih memahami sesi-sesi yang disampaikan, Shen menjelaskan istilah seperti Gay, SSA, Lesbian Gay Bisexual Transgender (LGBT ), Gender Dysphoria dan banyak lagi. Beliau juga menerangkan tentang perkembangan identiti jantina yang normal, dan meneroka kekeliruan yang boleh berlaku dalam pertumbuhan seseorang individu.

Terdapat lapan faktor yang menyumbang kepada SSA, kata penceramah itu. Ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama memberi tumpuan kepada Faktor Intra-Psikik yang terdiri daripada 1) Hubungan Seks-Sejenis (kurang berhubung dengan gender yang sama); 2) Kejanggalan Gender (perasaan berbeza dengan orang yang sama jantina); 3) Hubungan Kanak-Kanak yang tidak sihat dengan jantina yang bertentangan; dan 4) Kesilapan Konsep Gender.

Bahagian kedua terdiri daripada Faktor Luar seperti 5) Sexual Conditioning dan 6) Penderaan Seksual, secara fizikal, mental atau moral. Bahagian ketiga meliputi Faktor Kesihatan Mental yang lain seperti (7) Sifat Keperibadian Tertentu. Bahagian keempat melihat Sumbangan Biologi sebagai (8) Beberapa Faktor Biologi dan Fizikal.

Pada akhir sesi, Shen menerangkan kepada peserta apa yang mereka boleh lakukan sebagai katekis, guru, ibu bapa, imam, religius, guru sekolah dan pemimpin.

Menurutnya, pengetahuan tentang Kemurnian menerusi amalan, pengalaman manfaat daripada kebaikan ini, membezakan kelainan antara nilai luar dan nilai intrinsik, dan kemudian memasukkan pengetahuan ini dalam doa, pengajaran dan pembentukan kita.

Beliau menyatakan bahawa “Usaha membentuk generasi akan datang untuk menjadi ibu bapa yang baik, pentadbir keadilan, pelindung yang lemah, dan sebagainya, sangat penting dalam mencegah SSA dan isu-isu identiti jantina yang lain.”

Uskup Agung Wong mengucapkan terima kasih kepada Shen atas penyampaian taklimatnya yang begitu penting untuk pengetahuan para klerus serta membolehkan para imam memahami SSA dalam perspektif psikologi.

Total Comments:0

Name
Email
Comments