Konferensi ERCFLL 2018 di P. Pinang

Konferensi ERCFLL 2018 di P. Pinang

Jun 01, 2018

BUKIT MERTAJAM: Seramai 35 orang perwakilan dari Komisi Keluarga, Umat Awam dan Jiwa diberikan pesanan agar membukakan hati, menyebarkan kasih keluarga dan pelayanan umat awam, meneguhkan kesatuan sebuah keluarga kecil dan berjalan bersama bagi membina Kerajaan syurgawi.

Uskup Agung John Wong, Presiden Komisi Episkopal bagi Keluarga, Umat Awam dan Jiwa (ERCFLL), menegaskan misi ERCFLL ini ketika dalam pertemuan ke-5 Komisi tersebut pada 23-25 April 2018 di Domus St Anne.

ERCFLL telah dibentuk semula dengan penggabungan Komisi Hidup Keluarga dan Umat Awam berikutan pembentukan Diskateri Umat Awam, Keluarga dan Jiwa oleh Paus Fransiskus pada 1 September 2016 bagi 'mempromosikan kehidupan dan kerasulan para umat awam, bagi pelayanan pastoral kehidupan dan misi berkeluarga menurut rencana Tuhan dan bagi perlindungan dan sokongan kepada jiwa manusia.

Pertemuan tahunan tersebut yang dianjurkan oleh Keuskupan Pulau Pinang, dihadiri oleh perwakilan dari Konferensi Para Uskup bagi Malaysia, Singapura dan Brunei seperti Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Singapura dan Keuskupan Pulau Pinang, Melaka-Johor, Sibu, Miri, Keningau, Sandakan dan Vikariat Brunei.

Laporan dari setiap perwakilan Keuskupan memperlihatkan setiap Keuskupan telah berusaha keras untuk memaklumkan kepada umat tentang perutusan Sri Paus tentang keluarga yang terkandung dalam dokumen Amoris Laetitia.

Dua program telah diperkenalkan di Keuskupan Agung KL dan Keuskupan Pulau Pinang iaitu Retrouvaille Weekend - A Marriage Lifeline dan Catholic Singles Dating Hub telah menarik minat dari perwakilan yang lain bagi diperkenalkan di Keuskupan masing-masing.

Program lain yang menarik yang telah dilaksanakan adalah Seminar Lelaki: Lelaki yang bersemangat, Bengkel Marital First Responders, Marriage Discernment Weekend, Pengkayaan Pengalaman Perkahwinan, Ralli Rosari dan Perdamaian, Pelayanan Pastoral - Dari Rahim ke Kubur, Pembaharuan Janji Kahwin, Mempromosikan Rencana Tuhan Bagi Keluarga, Menjadi Hadiah Sempurna, Pelancaran tentang Semangat dan Memberi Semangat, Panduan mengharungi Perceraian Bagi Katolik, dan Paket Doa Keluarga.

Para perwakilan juga bersetuju agar Persiapan Perkahwinan itu dititikberatkan memandangkan banyak ikatan perkahwinan yang musnah.

Walaupun cara penyampaian Persiapan Perkahwinan itu berbeza, para perwakilan berpendapat bahawa masa bagi Kursus Persiapan Perkahwinan itu terlalu singkat.

Juga dicadangkan dalam pertemuan itu adalah program membimbing para pasangan suami isteri yang baru berkahwin oleh pasangan 'senior'. Para perwakilan juga dimaklumkan bahawa perkara tersebut telah dikuatkuasakan di Keuskupan Agung Kuching.

Ceramah penerangan bertemakan 'Memahami komuniti Lesbian, Gay Bisexual Transgender (LGBT) juga telah disampaikan olej Bryan Crucis Shen, bekas Juruterbang tentera udara Singapura yang menjadi Misionari Awam.

Ahli-ahli komisi dibimbing tentang terma dan terminologi yang betul untuk digunakan berkaitan komuniti LGBT. Shen menerangkan perkembangan identiti jantina boleh dipengaruhi oleh proses interaksi dan juga persekitaran dalam keluarga dan mungkin juga menjadi faktor penyebab kepada tarikan sesama jantina (SSA).

Beliau juga menerangkan perbezaan-perbezaan antara seorang Gay dan SSA kesedaran yang perlu ada dalam setiap perwakilan berkaitan isi-isu yang melibatkan keluarga dan Gereja berkenaan cabaran sosial LGBT.

Konferensi ERCFLL 2019 akan diadakan di Keuskupan Agung Kuching sebagai tuan rumah

Total Comments:0

Name
Email
Comments