Kurangi teknologi, lawan kejahatan dengan pengampunan — kesaksian keluarga-keluarga bahagia

Kurangi teknologi, lawan kejahatan dengan pengampunan — kesaksian keluarga-keluarga bahagia

Aug 31, 2018

DUBLIN, Ireland: Sri Paus Fransiskus menggalakkan para peserta festival Perhimpunan Keluarga Sedunia untuk memperlihatkan sukacita Tuhan kepada dunia seperti rumah api yang menyinarkan cahaya — agar keluarga lain juga dapat meneladani iman kita.

“Tuhan mahu setiap keluarga menjadi cahaya sukacita akan cintakasih-Nya di dunia ini,” kata Sri Paus pada 25 Ogos di sebuah stadium di Taman Croke, Dublin.

“Apa maksudnya menjadi “Cahaya Sukacita”? Ini bermakna, bagi keluarga menjadi cahaya “rumah api” agar semua keluarga dapat meneladani kita, maka kita harus sentiasa bertemu dengan Tuhan, menikmati penyelamatan cinta kasih-Nya, memancarkan kasih Tuhan melalui tindakan dan kata-kata, menyatakan cinta kasih Tuhan melalui perbuatanperbuatan setiap hari, yang mungkin kecil tetapi menyentuh hati orang lain.”

“Melalui tindakan-tindakan harian yang meskipun kecil, ia adalah tindakan kekudusan. Keluarga adalah harapan Gereja dan dunia. Dengan kesaksian anda, kalian dapat membantu Tuhan memenuhi impian-Nya di bumi. Kalian dapat menarik, menghimpun dan memanggil anak-anak Tuhan agar lebih bersatu, lebih erat, agar kita semua dapat bertumbuh dalam kesatuan, belajar untuk hidup aman sebagai sebuah keluarga besar di dunia,” ujar Sangti Papa.

Sebelum menyampaikan ucapannya, Sri Paus terlebih dahulu menonton beberapa persembahan koir dan tarian serta mendengar kesaksian daripada enam buah keluarga dari pelbagai negara dan latar belakang, di mana mereka memberitahu bagaimana mereka hidup dengan “sukacita Injil.” Keluarga-keluarga itu dari India, Iraq, Burkina Faso, Ireland dan Kanada. Salah satu pasangan mengongsikan bagaimana mereka mengatasi ketagihan dadah heroin dan kini mempunyai 10 orang anak!

Selepas mendengar kesaksian-kesaksian itu, semasa menyampaikan ucapannya, Sri Paus memuji tindakan para keluarga khususnya pasangan dari India yang mengehadkan teknologi kerana terlalu bergantung kepadanya boleh mendatangkan mudarat, dan merenggangkan keintiman keluarga.

Prelatus itu juga berpesan agar media sosial haruslah digunakan untuk kebaikan misalnya mengekalkan hubungan dengan para peserta Pertemuan Keluarga Sedunia, semoga persahabatan dan kesaksian itu tidak akan putus.

Menurut Sri Paus, “keluarga seharusnya mengurangi masa meneroka teknologi di rumah, menggantikannya dengan masa bersama keluarga dan berdoa bersama. Bapa Suci juga memuji keluarga dari Iraq yang mengalahkan kuasa iblis dengan memaafkan pembunuh anak dan abang! Kisah ini sangat menyentuh hati, sangat hebat. Akhirnya mereka dapat menemui damai dan cinta kasih Kristus, cinta Yesus telah memperbaharui mereka semula,” ujar Fransiskus.

Pusat ziarah Knock, yang didirikan pada tahun 1879 selepas penampakan Bonda Maria di situ, merupakan tempat ziarah terkenal bagi memohon pertolongan Bonda Maria bagi penyembuhan. Di sini, Sri Paus Fransiskus juga memberikan pusat itu seutas rosario emas dan memohon doa daripada Bonda Maria untuk menyembuhkan semua keluarga yang terluka dan juga para mangsa gangguan seksual di Ireland yang telah hidup menderita. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments